• All Courses
  • Home
  • About Us
  • Blog
  • Sign In
  • Contact
CMN DigyLearnCMN DigyLearn
  • All Courses
  • Home
  • About Us
  • Blog
  • Sign In
  • Contact

Business

  • Home
  • Blog
  • Business
  • 12 Senjata untuk menjadi Success Tutorpreneur Mentorship (STM)

12 Senjata untuk menjadi Success Tutorpreneur Mentorship (STM)

  • Posted by CMN DigyLearn
  • Categories Business
  • Date February 6, 2020

Jika semalam cerita berkisar mengenai kisah Zul vs Mat dalam mencari cara mengembangkan kerjaya mereka, pada hari ini perkongsian bagaimana untuk kekal menjadi Success Tutorpreneur Mentorship pula.

NAK JADI USAHAWAN PENDIDIKAN & TUTOR YANG BERJAYA & BEYOND EXPECTATION?

Jom saksikan perkongsian dibawah.

Tidak dinafikan sesekali kita akan merasa keletihan dari segi fizikal dan emosi. Namun, apabila melihat kejayaan dan passion orang lain, di situ datangnya kekuatan emosi..

Berdasarkan cerita Zul vs Mat semalam, ada juga yang telah melakukan transformasi daripada Tutor kepadaTutorpreneur.

Antaranya pasangan Cikgu Atik Hariri & Cikgu Solehah Mat Ajid. Hidup mereka kini ‘huru-hara’ dan tidak menang tangan dengan penambahan pelajar beserta cawangan yang sudah mula mempunyai manager selepas mendapatkan coaching atau latihan untuk meneruskan legacy mereka.

cikgu atik

Cikgu Siti Nur Izura & Cikgu Ammar Fahmi Omar pula sudah semakin melebarkan sayap mereka.

Puan Mazlinda Bathusha dan Tuan Syed pula datang dari jauh di Utara untuk sama-sama berkongsi sebagai owner Pusat Tuisyen, Kelas Tuisyen di Masjid dan Home Tuition.

Ramai lagi sebenarnya termasuk Cik Nurul Ain Azmi, Cik Puan Azlin Dzulkifly, Cik Puan Nur Azuani Baharudin, Cik Puan Farah Samad, Tuan Akmal Mohamad, Puan Umi Laila Abdul Rauaf, Cikgu Ha Eun Masrom, Cik Puan Nurul Along, Tuan Yazid, Cik Puan Zulaeekha, Cik Puan Anum, Cik Puan Fatimah dan ramai lagi yang hebat-hebat belaka. 

Puan Nurul Aini Adnan juga berkongsi tentang langkah mudah untuk menguruskan sistem kewangan dan perakaunan dan pendaftaran syarikat.

Sebelum ini beliau adalah seorang Tutor dan berkelulusan Master in Food Technology. Kini sebahagian daripada CMN Global Consultant Sdn Bhd sebagai Chief Financial Officer (CFO).

Semoga terus memberi manfaat kepada insan lain.

Siapa yang pernah menyertai STM? Apa kata mereka?

“Alhamdulillah… terima kasih di atas segala perkongsian dan ilmu yg dicurahkan. Byk yg km perolehi … dan yg penting semangat dan kesungguhan tuan buat km lebih bsemangat.. berbaloi dtg dr jauh.. YAKIN SEBELUM BERJAYA”

Pn Mazlinda; Pengusaha Pusat Tuisyen & Home Tuition

“Alhamdulillah semalam baru selesai menghadiri Bengkel ‘Success Tutorpreneur Mentorship’ (STM) ..Bengkel ini adalah bertujuan bersama-sama membina legacy dalam industri pendidikan di Malaysia malah diseluruh dunia sekali pun..Banyak perkongsian yang telah diberikan dari Guru yang hebat Coachmohdnoor Tahir dan juga dari rakan-rakan tutor lain…Networking sentiasa diteruskan tanpa henti..”

Cikgu Atik; Founder Syoknya Home Tuition

“Alhamdulillah syukur, selesai berguru dgn Mohd Noor Tahir bg mendalami ilmu dalam salah satu cabang pendidikan. Walaupun penat tp byk ilmu2 yg boleh di tambah nilai utk diri sendiri bg memberi manfaat kod org lain.
Ilmu jika dalami semakin byk manfaat yg kita akan dapat. Terima kasih kpd semua team CMN Consultant Sdn Bhd.”

Pn Umi Laila; Founder Twins One Glo

—————————————-

“Kini Rahsia Untuk Membina Sebuah Legasi Kekayaan Dengan Menjadi Tutor Professional Kini Dibongkar…”

…Bahkan, Strategi & Taktik Paling Berkesan Untuk Mengasaskan Bisnes Tuisyen juga turut di dedahkan…

Tahukah Anda, Pasaran Untuk Bisnes Tutor & Tuisyen Di Malaysia Adalah Sangat Luas Dan Tak Dapat Menampung Permintaan Ibu Bapa Yang Mahu Lihat Anak Mereka Berjaya Dalam Pelajaran.

Bagi mencapai sebuah kejayaan, bukanlah mudah. Di awal permulaan, akan ada banyak perasaan yang bercampur baur seperti sedih, malu dan sebagainya.

Namun, itu bukan alasan untuk tidak meneruskan apa yang kita impikan. Proses pembelajaran pengalaman kegagalan demi kegagalan akan mendorong kita untuk teruskan kejayaan.

Saya akan meneruskan penceritaan berdasarkan kisah benar dari seorang Founder di CMN Academy, iaitu Coach Mohd Noor Mohd Tahir.

Beliau mula terlibat dalam bisnes secara serius selepas graduasi, ketika menunggu keputusan untuk sambung belajar pada waktu itu. Semasa beliau belajar, beliau juga menjual secara kecil-kecilan seperti menjual tshirt.

Pengetahuan beliau dalam bisnes sememangnya 0 (zero). Namun, disebabkan ada sahabat-sahabat yang membuat bisnes, itu yang telah menjadi inspirasi untuk beliau melibatkan diri dalam bisnes.

Kemudian, beliau dapat tahu tentang perniagaan ternakan dan potensinya ketika itu. Dengan tiada ilmu dan kejahilan pada dirinya, maka pelaburan ribuan ringgit telah dibuat ke dalam bisnes yang tiada jaminan sebenarnya.

Ianya hanya berdasarkan cakap-cakap orang sahaja dan tanpa membuat kajian yang sebenar dan walaupun cuba bertahan namun akhirnya beliau tersungkur juga.

Banyak wang, masa dan tenaga habis begitu sahaja. Hendak cakap pasal keuntungan..yellek..(kosong). Namun, ia menjadi suatu pelajaran yang amat berharga kepada beliau.

Dalam masa yang sama, beliau mengajar home tuition secara sambilan walaupun bekerja sebagai pensyarah ketika itu.

Beliau menggunakan modal sosial dan ilmu, tambah dengan minat mengajar, maka ia telah menjadi satu hobi untuknya.

Pada awalnya , beliau beranggapan ia hanya dibuat untuk suka-suka sahaja dan rasa seronok bila dapat melihat pelajar-pelajarnya mengalami peningkatan dalam pembelajaran, sehinggalah sampai suatu ketika permintaan terlalu banyak dan tidak menang tangan untuk beliau uruskan.

Diringkaskan cerita, beliau mempunyai partner dan memulakan ‘Home-Based Learning’ dengan modal minima pada waktu itu untuk membuat marketing tanpa membuat sebarang pinjaman.

Beliau juga berkongsi mandat dari mentornya iaitu “mulakan dengan apa yang ada pada diri kita.  Jika kita tiada modal wang, kita mulakan dengan modal sosial, buat networking dan sebagainya.

Jika kita ada ilmu yang boleh diajarkan pada orang lain, mulakan dengan mengajar tuisyen, al-Quran atau apa sahaja kemahiran yang bermanfaat untuk masyarakat di luar sana. Jika kita ada sedikit wang, laburkan untuk ilmu, ini perkara yang saya pegang hingga ke hari ini supaya kurang risiko ‘langgar tembok’.

Jika kita nak dapatkan perkerjaan pun kita perlu belajar 11 tahun di sekolah, 3-5 tahun di kolej atau universiti. Tidak mungkin bila kita nak mulakan bisnes, kita semberono sahaja mulakan tanpa ilmu. Jika kita sanggup menghadapi risiko yang besar, itu lain lah”.

=====================

Jika anda seorang tutor….

Ingat semula semasa awal-awal kita ambik keputusan untuk menyediakan servis mengajar. Apa niat kita?  Mungkin ada yang terfikir untuk mencari sumber pendapatan. Tapi sebenarnya kepuasan sebenar adalah bila kita dapat bantu pelajar-pelajar kita mengalamai peningkatan dan berjaya. Betul?

Disebabkan ekonomi yang gawat, susah untuk mendapat kerja yang bersesuaian dengan kelayakan akademik. Jadi, beliau telah membuat kajian untuk mencari kerja sementara. Jawapannya….

…Tutoring

Inilah perkataan pertama yang beliau jumpa semasa buat carian di google. Pada pandangan beliau, bantuan untuk anak-anak jiran dalam subjek Matematik, English, dan Sains boleh diberikan oleh beliau. (Dan ia menjadi.)

Berdasarkan perkongsian beliau juga, Ibu Bapa sanggup bayar yuran, asalkan anak mereka mahir dalam pelajaran. 

Sekarang, pening kepala nak kembangkan bisnes tutoring supaya dapat bantu lebih ramai pelajar yang perlukan bimbingan tambahan.

Disebakan faktor ini, beliau berniat untuk membantu golongan yang ada masalah dan keinginan yang sama sepertinya.

Oleh itu, “Success Tutorpreneur Mentorship (STM)” ini telah diperkenalkan oleh beliau.

success tutorpreneur mentorship tip teknik menjadi tutor tuisyen bisnes tuisyen berjaya mulakan langkah tutor tuisyen cikgu tuisyen

…Pertama Kali Rahsia dan Pengalaman  hampir 10 tahun dalam bidang ini dari seorang tutor Bertukar Menjadi Tutorpreneur Berjaya Dengan 12 Strategi Blueprint Didedahkan!..

Apa manfaat yang akan diperolehi oleh anda?

  • Bakal menerima limpahan pelajar tuisyen dengan hanya mengikuti formula STM yang dikongsikan.
  • Walaupun anda tutor part time sekarang, anda berpeluang untuk menambahkan klien dan tutor di bawah anda dan berpeluang meluaskan perkhidmatan ke seluruh Malaysia.
  • Boleh mulakan bisnes tutor anda dengan risiko sangat rendah dan tidak pelu berlatar belakangkan ijazah pendidikan.
  • Cara buat ibu bapa kata servis tutor anda terbaik dan rela hati sebarkan kepada kenalan sekeliling.
  • Strategi paling mahal dikongsikan. Bagaimana anda boleh jadi kebal pesaing walaupun ada banyak pusat tuisyen atau tutor lain di kawasan anda

Adakah anda berimpian untuk berjaya dan hidup bebas?

…Namun, disebalik niat murni anda tersebut, impian ini masih belum dapat digenggam?

Adakah disebalik berapa banyak buku yang anda baca, grup FB yang anda join, soalan yang anda pernah tanya …. dan kursus yang anda pergi… anda masih tak dapat nak cantumkan teka-teki kekayaan dalam hidup anda?

“…Mungkin sebelum ni kita rasa kita hanya nak fokus mengajar sahaja dan tak terfikir pun nak kembangkan lagi bisnes ni”

Menurut Coach Mohd Noor lagi, beliau pernah mengalami perasaan seperti di atas. Sehinggalah beliau merasa tidak menang tangan dalam menguruskan permintaan daripada klien. Jadual sudah penuh. Itupun terkejar-kejar ke sana ke mari untuk mengajar. Kadang-kadang masa dengan family pun tak ada.

Walaubagaimanapun, mungkin anda belum sedar lagi, tapi apabila anda sudah sampai ke penghujung, munkin anda akan semakin jelas dan semakin yakin…

…bahawa impian anda yang paling besar dan paling penting dalam hidup, akan dapat dicapai dengan lebih mudah.

…dan bagaimana dengan ilmu yang betul dan pengalamanan sebenar dapat membantu impian anda menjadi seorang Usahawan atau Tutorpreneur menjadi realiti.

Jika kita melakukan perkara yang sama berulangkali dan mengharapkan keajaiban semata, percayalah bahawa kejayaan juga akan lambat sampai kepada kita.

Sudah berapa kali kita asyik melihat kejayaan orang lain.

Memang kita tumpang gembira atas kejayaan mereka.

Tetapi bagaimana pula dengan kita?

Anda mungkin ‘excited’ untuk belajar sesuatu ilmu dalam bisnes.

Kemudian berhenti setengah jalan sebab keyakinan tak cukup kuat lagi.

Jadi, kitaran ini akan berulang-ulang sehingga kita akan berasa penat dan letih kerana tiada apa-apa perubahan berlaku. Jadi.. Inilah masanya untuk anda ke tahap yang seterusnya dalam bidang tuisyen ini.. 

Apakah kesilapan Tutor yang biasa ditemui..

Kesilapan #1: Tidak Pandai Marketing!

Tetapi saya tiada ilmu pemasaran untuk kembangkan lagi bisnes itu.

Ia masih berada di **tahap yang sama** saja.
Tidak boleh naik lagi ke tahap yang lebih baik kerana saya tiada ilmu untuk luaskan lagi perkhidmatan.

Apa yang saya tahu hanya gunakan kaedah marketing konvensional yang kurang berkesan.

infitah penang

Kesilapan #2: Tak pandai uruskan bisnes

Bila pelajar semakin ramai, tak tahu pula nak uruskan mereka dengan baik.

Tak tahu bagaimana menguruskan kewangan.

Duit syarikat dan duit sendiri bercampur.

Dapat duit yuran, kita belanja semuanya. Atau pun istilahnya ‘merompak duit syarikat’.

Sampai bila-bila pun bisnes tak akan maju.

Kesilapan #3: Tiada kelebihan & USP tersendiri

Kita sama sahaja mcam ramai lagi tutor di luar sana.

Tiada apa-apa Unique Selling Proposition (USP), modul, niche tersendiri.

Apa yang membuatkan ibu bapa perlu meilih perkhidmatan kita berbanding orang lain?

Fikir betul-betul dulu ye. 

Cara Bangkit Semula Setelah Melalui Zaman Kegelapan

Maka di situlah bermulanya ’12 Dragons of Success Tutorpreneur Mentorship’

Untuk mencapai kejayaan, kita perlu berusaha.

Tak cukup berusaha, perlu ada ilmu yang betul hasil pengalaman sebenar.
Tak cukup ilmu perlu bermentor dengan yang telah berjaya.

Jadi Ini 3 Langkah Mudah Yang Bakal Mengubah Hidup Anda. Ia adalah asas kepada STM:

  • Dapat Idea Tentang Perkhidmatan atau Subjek apa yang nak ditawarkan.

Anda akan dapat idea bagaimana nak cari niche anda yang tersendiri.          Walaupun terdapat ramai orang tawarkan tuisyen, anda tidak perlu              risau kerana anda senjata ‘hebat’ ini.

  • Mengajar dan memberikan perkhidmatan berkualiti kepada pelajar dan ibu bapa

 Anda bakal mendapat pelanggan dengan menggunakan teknik                         marketing yang berkesan.

  • Kembangkan perkhidmatan ke serata pelusuk Malaysia

 Anda ikuti teknik dan strategi untuk cari team dan kembangkan lagi              dengan cara yang kurang risiko dan tidak memerlukan modal yang                tinggi pun.

Ini Adalah Apa yang Anda Akan Perolehi Dalam 12 Teknik Usahawan Tuisyen Berjaya…

  • Bagaimana nak ketahui bidang spesifik yang akan ‘position’kan diri anda sebagai pakar
  • Bagaimana nak keluar dari persaingan serta menawarkan perkhidmatan yang membuatkan klien tak sabar-sabar nak daftarkan anak mereka
  • Bagaimana nak pilih imej branding yang kelihatan profesional di mata klien
  • Bagaimana nak gunakan teknik marketing offline seperti bunting, poster. Masih berkesankan lagi?
  • Bagaimana teknik marketing online yang sesuai dengan servis ini
  • Bagaimana menambah nilai servis anda supaya klien sanggup bayar dengan harga yang sedikit mahal, walaupun ada pesaing yang letakkan harga lebih murah
  • Skrip ‘close-sale’ yang tidak nampak macam menjual
  • Cara kenalpasti siapa, dan di mana bakal-bakal pelanggan kita berada
  • Apakah dokumen-dokumen serta kontrak yang patut anda sebelum anda mulakan servis anda
  • Bagaimana nak menguruskan klien dan tutor serta operasi harian, mingguan, bulanan serta tahunan untuk menjamin bisnes anda beroperasi dalam keadaan baik
  • Bagaimana cara nak hire team serta dapatkan tutor yang bagus serta berkualiti untuk menjadi duta syarikat anda
  • Cara menguruskan kewangan dan akaun dengan lebih mudah, berkesan dan tidak membebankan kepala
  • Bagaimana teknik supaya klien kekal dengan kita sealma bertahun-tahun sehingga sanggup recommend servis kita pada orang lain
  • Bagaimana nak tingkatkan kualiti perkhidmatan kita dari semasa ke semasa dan pastikan bisnes kita relevan sepanjang masa
  • Bagaimana nak daftarkan syarikat serta jenis syarikat apa yang patut didaftarkan
  • Bila bisnes sudah berkembang, bagaimana ingin membuat pelaburan seperti membeli rumah

Anda mungkin hairan, bagaimana hanya dengan 12 Formula kejayaan demi kejayaan dihasilkan. Tetapi sebenarnya, disebabkan ia sudah dipermudahkan dan di strukturkan mengikut pengalaman sebenar, maka yang bermula dari 0 pun boleh mengikutinya..

Pengenalan Tentang STM

12 Tip Membina Bisnes Tuisyen Berjaya STM

  1. USOP & Niche STM
  2. Branding & Positioning STM
  3. Administration STM
  4. Marketing Online & Offline STM
  5. Sales STM
  6. Operation STM
  7. Human Resources STM
  8. Customer Service STM
  9. Company Structure STM
  10. Finance STM
  11. Research & Development STM
  12. Investment

2 Bonus KHAS:

BONUS 1: Cara Buat Google Form

BONUS 2: Copywriting Power

  • Share:
author avatar
CMN DigyLearn

Previous post

Anda rasa cukup sekadar Tutor? Jom lakukan perubahan kepada kerjaya Tutorpreneur
February 6, 2020

Next post

Tranformasi TUTOR Seiring Dengan Perkembangan TEKNOLOGI
February 7, 2020

You may also like

Education corner
Anda rasa cukup sekadar Tutor? Jom lakukan perubahan kepada kerjaya Tutorpreneur
5 February, 2020
Copy of Copy of Copy of EVENT FLYER – Made with PosterMyWall
12 Perkara Penting Yang Perlu Dikuasai Tutor Untuk Kembangkan Bisnes Tuisyen
22 January, 2020

Search

Categories

  • Akademik
  • Blog
  • Business
  • Design / Branding
  • Motivation
  • Online Class
  • Trainer
  • Tutor
  • Uncategorized

Copyright ©2017 CMN Digital Tuition | Energized by EduWeb Solutions