16 Ciri-Ciri Pendidik Sukses
Setiap pendidik perlulah mempunyai kriteria atau pun sikap seorang yang berjaya. Pendidik yang baik bakal menjadi teladan kepada anak-anak muridnya pada masa akan datang.
16 Ciri-Ciri Menjadi Pendidik Yang Sukses
- Adil dan saksama – Pendidik perlu memainkan peranan dalam bantuan pengajaran mengikut kemampuan murid-murid dan tidka berpihak kepada satu kelompok sahaja.
- Bersifat terbuka – Pendidik perlu mempunyai sifat yang boleh menerima teguran daripada mana-mana pihak samada ibu bapa, guru-guru lain dan pelajar sendiri. Hal ini untuk menambahbaik lagi cara penyampaian pendidik. Walaubagaimanapun, ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam hal ini.Seorang pendidik perlu menguasai sesuatu perkara atau pengetahuan hari demi hari.
- Menjadi contoh atau ‘role model’ – Dalam menerapkan sesuatu kebaikan kepada murid, pendidik perlu menunjuk ajar atau melakukan aktiviti bersama pelaja. Hal ini kerana, tindakan merupakan perkara yang penting berbanding leteran yang panjang.
- Bijak menguruskan sesuatu keadaan – Guru yang bijak dalam menangani situasi, sememangnya akan disayangi atau lebih dihormati oleh pelajar.
- Sentiasa fleksibel dalam menghadapi pelajar – Pendidik tidak kaku dalam menyesuaikan diri dengan keadaan pelajar mengikiut kemampuan, sifat pelajar dan latar belakangnya.
- Cepat peka terhadap perilaku pelajar – Kepekaan terhadap sikap pelajar adalah satu sifat dimana pendidik boleh ‘tackle’ cara mereka dan membantu ,ereka untuk faham dan mengulanginya.
- Memahami proses – Pendidik perlu faham proses. Tidak boleh marah pelajar jika beliau tidak faham apa yang trlah diajar. Tetapi, semak semula cara penyampaian ilmu yang telah diberikan. Tidak semestinya pelajar perlu faham terus. Di sini pentingnya sikap seorang pendidik untuk faham maksud proses. Tidak boleh terlalu focus kepada kegagalan. Hal ini akan menyumbang kepada kekecewaan dan seterusnya motivasi pendidik juga akan menurun. Jadi, teruslah berinovasi untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi sahsiah moral dan pendidikan.
- Mampu kendalikan diri – Pendidik yang berjaya perlu bijak dalam mengedalikan diri dari segi emosi. Tindakan yang professional perlulah diambil dalam usaha menjadi pendidik yang sukses.
- Konsisten dalam mengendalikan sesuatu keadaan –Pendidik perlu konsisten dalam membimbing pelajar kerana ini akan mempengaruhi ‘respect’ pelajar kepada pendidik. Menjadi seorang pendidik yang konsisten dalam arahan adalah sangat baik. Jika arahan diubah, perlulah dengan cara yang logik akal dan mempunyai alas an yang munasabah.
- Faham jiwa siswa – Pendidik perlu bijak dalam memhamami keadaan murid. Jadilah pendidik yang faham jiwa pelajar, menerima kekurangan dan cuba untuk atasi permasalahan pelajar tersebut.
- Ikhlas dalam penyampaian ilmu – Mempunyai matlamat bahawa penyampaian ilmu tersebut akan memberi manfaat kepada pelajar.
- Tidak bersikap kasar dan disenangi oleh murid.
- Tekun dalam usaha untuk menambaikbaik ilmu yang sedia ada.
- Rajin membuat kajian – Tidak jemu dalam mencari cara untuk mengatasi sesuatu permasalahan.
- Sentiasa besifat semangat dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar.
- Pertuturan yang sopan – Pendidik yang sukses perlulah mempunyai jati diri yang baik dalam menjaga pertuturan. Pertuturan yang kasar amatlah tidk baik untuk didengari oleh pelajar.
Ciri- ciri diatas adalah yang terbaik untuk menjadi seorang pendidik yang sukses menerusi gabungan perkongsian daripada Ruangguru dan Wahdah Islamiyah Indonesia Blogspot. Sesungguhnya pendidik yang mempunyai sifat Magnet Pendidik Sukses adalah pemangkin terbaik untuk melahirkan pelajar yang berwawasan, cemerlang, terbilang dan terbaik dari segi moral dan sahsiah diri.
Guru yang sukses adalah seorang yang “ikhlas dalam mengajarkan ilmu-ilmunya, memiliki tekad yang kuat untuk memberi manfaat yang terbaik untuk murid-muridnya, dan berusaha keras mengantarkan mereka kepada ketinggian darjat orang yang berilmu”.
-Dr. Aidh Al Qarni-
Jom sama-sama saksikan video pendek yang dismpaikan oleh Tuan Amin Idris mengenai Magnet Pendidik Sukses.
Siapa Tuan Amin Idris?
Beliau ialah Founder kepada AMSSB, Master Trainer. Mempunyai pengalaman dalam mengacara ‘TV Show’ dan banyak lagi yang berkaitan beliau. Lebih lanjut https://akademimagnetsukses.com/wp/tentang-ams/trainer/amin-idris/