3 INISIATIF Penting Demi Pendidikan Anak-Anak
Perintah Kawalan Pergerakan atau lebih sinonim dikenali dengan singkatan PKP bukan lagi asing dikalangan rakyat Malaysia. Sejak bermulanya perintah kawalan ini, sektor pendidikan tidak lagi beroperasi seperti biasa. Perdana Menteri Malaysia juga turut merayu untuk guru-guru dalami pendidikan atas talian. Ramai yang gusar akan soal pendidikan anak-anak. Namun, dapat diperhatikan ramai Tutor yang berusaha sebaiknya untuk pendidikan anak-anak didik mereka.
Walaubagaimanapun, mentaliti ibu bapa juga perlu diberi kesedaran mengenai perkara ini. Ada sesetengah ibu bapa sekarang yang terlalu bersifat ambil mudah dan tidak mahu melibatkan diri secara langsung dalam soal pendidikan anak-anak. Perkara yang amat menyedihkan apabila sebaik sahaja Menteri Kanan Pendidikan mengumumkan ada sesetengah peperiksaan dibatalkan, ramai ibu bapa yang turut memberhentikan kelas tuisyen anak-anak yang selama ini berjalan dengan baik dek kerana sudah tiada peperiksaan. Adakah belajar semata untuk menduduki ujian peperiksaan?
Hal ini sangat mendukacitakan kerana ibu bapa sendiri yang menutup atau tidak menyokong perkembangan pendidikan anak-anak. Kesedaran terhadap mentaliti ibu bapa adalah perkara pertama yang perlu dititikberatkan demi melahirkan anak-anak yang berjaya dan terus berjaya di masa hadapan. Ibu bapa adalah tunjang utama untuk anak-anak teruskan berusaha demi masa hadapan mereka justeru dapat memberikan sumbangan kepada negara pada masa hadapan.
Inisiatif kedua yang perlu di rungkai oleh ibu bapa ialah dengan mengkaji pendidikan terkini. Sejauh mana pendidikan telah bergerak sepanjang musim PKP ini. Bagaimana cara pembelajaran terkini berlangsung. Berikutan itu, ibu bapa perlu menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk anak-anak meneruskan pembelajaran dengan lebih berkesan dan terbaik. Usaha ini perlu diambil oleh ibu bapa sendiri dan bukannya mengharapkan Tutor dan Guru semata-mata. Tanpa sokongan dari ibu bapa, Guru-Guru dan Tutor juga tidak mampu membantu anak-anak.
Jika ibu bapa yang bertindak pantas seiring dengan teknologi, semestinya akan menemui pembelajaran online secara percuma. Namun, percuma sahaja tentunya tidak cukup. Harus di ingat, jika pembelajaran yang tidak seronok, bosan dan susah untuk difahami penyampaiannya akan memperngaruhi jiwa anak-anak. Jadi, sebagai ibu bapa, menjadi satu tanggungjawab untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak.
Jika anak-anak gembira untuk belajar, semestinya ibu bapa juga akan turut sama gembira. Jiwa dan emosi anak-anak adalah peranan utama. Belajar secara seronok walaupun secara online pastinya dapat memberikan kesan yang baik terhadap pendidikan anak-anak.
Kaedah pembelajaran secara funtastik ada di aplikasikan oleh CMN Academy sejak bermulanya PKP. Ramai anak-anak diluar sana yang mengikuti kelas ‘Funtastik Online’ secara percuma atau pun berbayar.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan amat mempengaruhi jiwa anak-anak. Hal ini boleh di kenalpasti dengan feedback yang telah diberikan oleh pelajar dan ibu bapa.
Justeru, pembelajaran secara seronok adalah satu elemen penting untuk anak-anak lebih memahami dan bersemngat untuk belajar.
Walaubagaimanapun, terdapat ibu bapa yang tidak sempat untuk pantau pembelajaran anak-anak secara berterusan. Hal ini tidak boleh dinafikan kerana ada ibu bapa yang perlu bekerja dari rumah walaupun di musim PKP ini. Penggunaan alat teknologi dan internet juga perlu digandakan pada waktu ini. Jadi, masa untuk ibu bapa pantau pendidikan anak-anak adalah terhad. Justeru keadaaan ini, ibu bapa perlulah mencari inisiatif bagaimana untuk menggantikan masa yang tidak dapat diberikan oleh mereka untuk bantu pendidikan anak-anak.
Berikutan perkara diatas, ibu bapa perlulah berusaha topup semula topik pembelajaran yang anak-anak tertinggal. Antara cara yang boleh digunakan ialah, ibu bapa sendiri yang belajar topik tersebut menerusi internet dan kemudian ajarkan kepada anak-anak. Namun, cukupkah dengan cara begini? Dapatkah ibu bapa mengajar seperti Tutor dan Guru yang sudah berpengalaman? Cukup sabarkah ibu bapa dengan gaya pembelajaran anak-anak? Jadi, untuk mengelakkan perkara ini, ibu bapa boleh menggunakan khidmat Tutor Profesional di luar yang lebih berkemahiran. Melabur untuk pendidikan anak-anak demi kejayaan mereka akan datang bukanlah satu kerugian.
Kesimpulannya, ibu bapa adalah tunjang utama demi melahirkan pelajar yang berjaya pada masa hadapan. Tanpa dorongan dan sokongan ibu bapa, pasti anak-anak akan ketinggalan dalam pelajaran.
Nak jadi pelajar berjaya? Usaha untuk mencapai objektif ini perlu dilakukan tanpa bertangguh.
Klik SAYA NAK JADI PELAJAR BERJAYA.
Artikel Berkaitan:
Pembelajaran Bebas: Funtastic Online Tuisyen
PKP: CMN Academy lahirkan Tutor kreatif