• All Courses
  • Home
  • About Us
  • Blog
  • Sign In
  • Contact
CMN DigyLearnCMN DigyLearn
  • All Courses
  • Home
  • About Us
  • Blog
  • Sign In
  • Contact

Tutor

  • Home
  • Blog
  • Tutor
  • [Teknologi VS Pendidik] 3 Sebab Utama Pendidik Perlu Menguasainya

[Teknologi VS Pendidik] 3 Sebab Utama Pendidik Perlu Menguasainya

  • Posted by CMN DigyLearn
  • Categories Tutor
  • Date June 10, 2020

Menurut Portal Teknologi, maksud teknologi amatlah meluas. Tapi, bagi sekolah dan institusi pengajian tinggi, teknologi membawa maksud aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Perasankah kita bahawa kehidupan kita dikelilingi dengan teknologi? Contoh yang paling umum, berapa ramai yang bangkit dari tidur dikejutkan dengan alarm dari telefon pintar? Tentunya ia mencatat jumlah yang ramai kan.

Jadi, kenapa tidak anda sebagai seorang Tutor menggunakan aplikasi teknologi ini untuk anak didik anda. Jika diperhatikan, berita-berita terkini juga kita dapatkan dari media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan portal-portal akhbar. Dengan adanya teknologi, semua maklumat hanya di hujung jari sahaja. Tidak perlu bersusah payah untuk bergerak kesana kesini dan mengeluarkan wang ringgit yang banyak.

Para pendidik adalah individu yang terkesan pada waktu PKP dilaksanakan. Hal ini kerana pengumuman oleh Menteri Pendidikan bahawa pembelajaran haruslah dilaksanakan atas talian. Ramai para pendidik yang tidak bersedia untuk menghadapi krisis ini dan ia merupakan benda baharu dalam melaksanakan pembelajaran terkini. Namun, tiada alasan yang boleh diberikan pada waktu ini selain berusaha untuk melaksanakan pembelajaran atas talian. Jadi sebab yang paling utama untuk para pendidik menguasai teknologi adalah memenuhi tuntutan tugas yang telah diamanatkan untuk para pendidik.

Namun, sekolah telah dibuka secara berperingkat. Adakah anda merasakan guru tidak perlu belajar teknologi lagi? Sudah merasa cukup sampai di sini sahaja… Jika diamati, teknologi adalah satu faktor yang memudahkan dan mempercepatkan proses pembelajaran. Teknologi jika dimanfaatkan dengan baik, tentunya sangat diperlukan.

Di sekolah juga telah dilengkapkan dengan teknologi. Contohnya pancarkan bahan pembelajaran ke TV LCD hanya dengan broadcast daripada telefon pintar. Anak didik sudah boleh melihat bahan pembelajaran yang menarik, bergerak, berwarna dan semestinya menghasilkan bunyi. Jadi, elemen ini telah merangkumi gaya pembelajaran anak pelajar. Tentunya fokus mereka akan tertancap di TV LCD tersebut.

Jangan terkejut jika anak pelajar boleh mengingat apa yang dipaparkan di TV tadi dengan mudah… Jika tidak percaya, cuba lakukan perkara ini dan uji mereka dengan latih tubi.

Kedua, penguasaan teknologi bukanlah satu perkara yang perlu dipandang rendah pada tahun 2020. Hal ini kerana, negara kita perlu bergerak seiring dengan negara berjaya yang mana mereka telah melaksanakan pembelajaran atas talian sudah lama. Negara mereka bukanlah negara yang mundur dalam pendidikan bukan? Jika mereka boleh, kenapa tidak kita. Negara kita juga mempunyai capaian internet yang meluas. Tidak dinafikan masih ada kawasan yang diluar bandar yang capaian internet rendah, namun peratus yang tidak mempunyai rangkaian internet dan telefon pintar ini hanyalah sebilangan kecil sahaja.

Ketiga, teknologi merupakan satu kemudahan yang boleh memudahkan semua individu. Apa yang dapat disimpulkan, kebanyakan pelajar yang melakukan pengajian jarak jauh lebih selesa menjalankan pengajian secara atas talian. Ramai dikalangan mereka yang berpendapat sebegini kerana kos untuk bergerak dapat dikurangkan terutamanya kos pengangkutan, kediaman dan kos utk sara hidup. Jadi, mereka lebih memilih untuk pembelajaran atas talian ini kerana faktor diatas dan lebih penting lagi, menjimatkan masa mereka.

Kesimpulannya, para pendidik adalah individu utama yang perlu menguasai teknologi yang sedia ada demi melahirkan insan yang bekerjaya. Jika sesuatu perkara dilihat dari sudut positif, maka hasilnya juga mestilah positif.

Artikel Berkaitan:

Usaha PM kearah Pendigitalan rakyat- Internet 1GB PERCUMA sehingga Disember 2020

CMN Academy: Hasil Positif- Pembelajaran dalam talian meningkat

  • Share:
author avatar
CMN DigyLearn

Previous post

CMN Academy: Pembelajaran secara Funtastic Learning dalam talian meningkat
June 10, 2020

Next post

Sesi persekolahan bagi pelajar SPM, SVM, STPM, STAM akan bermula pada 24 Jun 2020
June 11, 2020

You may also like

5 teknik menarik minat pelajar
Pelajar Kurang Minat Belajar? Guna 5 Teknik ‘Power’ Ini.
21 October, 2020
BEST-SPM-Fast-Lane-Edition-Add-Maths-Kimia-3-1
SEMINAR BEST SPM ADD MATHS & KIMIA SECARA OFFLINE & ONLINE
23 September, 2020
Belajar Gaya Kreatif Digital Learning di Universiti Pelajaran Maysia (UPM) (2)
Belajar Gaya Kreatif Digital Learning di Universiti Putra Malaysia (UPM)
15 September, 2020

Search

Categories

  • Akademik
  • Blog
  • Business
  • Design / Branding
  • Motivation
  • Online Class
  • Trainer
  • Tutor
  • Uncategorized

Copyright ©2017 CMN Digital Tuition | Energized by EduWeb Solutions