• All Courses
  • Home
  • About Us
  • Blog
  • Sign In
  • Contact
CMN DigyLearnCMN DigyLearn
  • All Courses
  • Home
  • About Us
  • Blog
  • Sign In
  • Contact

Tutor

  • Home
  • Blog
  • Tutor
  • [3] Tiga Ciri Utama Tutor Funtastic

[3] Tiga Ciri Utama Tutor Funtastic

  • Posted by CMN DigyLearn
  • Categories Tutor
  • Date July 17, 2020

Tutor boleh di definisikan sebagai insan yang memberikan ilmu pendidikan secara individu atau berkumpulan dengan cara one-to-one atau one to-many. Cara penyampaian ilmu boleh jadi secara terbuka, tertutup atau pun secara atas talian.

Jika dilihat, permintaan untuk pembelajaran secara atas talian meningkat secara mendadak sejak kita di kenakan Perintah Kawalan Pergerakan.

Pembelajaran atas talian mendapat banyak pandangan yang mengatakan ianya tidak berkesan. Namun, adakah punca keberkesanannya telah diuji? Sejauh mana penyampaian Tutor dalam menggunakan medium ini dan adakah caranya sudah betul?

Bukan satu perkara yang mudah untuk menangi jiwa dan hati anak-anak pelajar jika bukan pada gayanya. Namun, perkara ini bukanlah satu perkara yang mustahil. Jika ada kemahuan, pasti ada jalannya.

Jom ubah diri untuk menjadi Tutor Funtastic! Semestinya Tutor yang disukai oleh ramai anak didik. Oppsss… tapi bukan Tutor yang digilai dan dikejar oleh anak didik ya.

Ciri pertama seorang Tutor Funtastic, semestinya mampu mengajar satu topik yang pada pandangan anak didik membosankan menjadi menarik. Anak didik pastinya akan merasa seronok dan masa dirasakan berjalan sekejap sahaja jika perasaan ingin belajar mereka membuak-buak.

Namun, lain pula dengan subjek yang dianggap bosan. Contohnya, rata-rata pelajar mengatakan Subjek Sains membosankan. Salah satu sebabnya, mereka tidak boleh rasai dan nampak dengan mata kepala mereka sendiri apa yang telah disampaikan oleh Tutor.

Jadi, peranan Tutor di sini untuk bantu mereka fahamkan dan jadikan ia bukan lagi satu subjek yang membosankan tetapi “Sains ni best la cikgu”! Wahhh.. Gembirakan dengar anak didik cakap macam ni.

Kedua, Tutor funtastic adalah seorang Tutor yang mampu menukar topik yang susah ke dalam bentuk penyampaian cerita, grafik, seni, aktiviti dan sebagainya. Jadi, dengan cara ini anak didik akan dapat faham dengan mudah.

Jalan penceritaan dan penyampaian setiap topik akan dapat membantu anak didik untuk menghubungkan penceritaan tersebut dengan topik yang sedang dibincangkan. Tentunya mudah di ingat dan senang difahami.

Ciri yang ketiga ialah mampu mengajar mengikut tahap penerimaan anak didik kerana setiap seorang menyerap ilmu dengan cara yang berbeza. Di sinilah pentingnya Tutor yang menguasai gaya pembelajaran seperti audio, kinestetik dan visual.

Kenapa pentingnya penguasaan ini? Jika Tutor dapat membezakan gaya ini, tentunya lebih mudah untuk mengajar anak didik dan mereka juga akan seronok dan mudah untuk faham kaedah penyampaian ilmu yang diberikan.

Haa.. Anda rasa anda seorang Tutor Funtastic? Ada tiga ciri basic ini tak? Hanya jika anda seorang Tutor sahaja yang mampu menjawab persoalan ini. Bagaimana? Anda merasakan sudah cukup Funtastic?

Ada satu lagi point penting yang belum disebut. Ini merupakan ciri-ciri bonus untuk seorang Tutor Funtastic iaitu tidak semestinya tahu semua perkara tetapi bersedia untuk belajar, membuat kajian dan menjadikan sesuatu pembelajaran itu lebih kreatif.

Bukan mudah untuk menjadikan satu pembelajaran kreatif dan di minati ramai anak didik tau. Keywordnya ialah Tutor juga perlulah bersedia untuk belajar dan tambah ilmu seiring dengan peredaran teknologi semasa. Ilmu tambahan perlu terutamanya di waktu Era globalisasi ini.

Sejak PKP dikuatkuasakan, cara pembelajaran juga berubah kepada pembelajaran online buat seketika. Namun, usaha itu perlu diteruskan. Kita tidak tahu pada masa akan datang bagaimana.

Teknologi juga turut berubah dengan pantas. Jadi, tidak salah untuk meneruskan perkara ini justeru meninggalkan legasi yang tersendiri.

Bersedia untuk belajar? Belajar Demi Melahirkan Insan Terpelajar!

Program Simposium Tutor Profesional 2020 (STPM2020) bersedia membantu Tutor yang mempunyai impian untuk menjadi Tutor Funtastic 2020 (alaf baru).

Simposium Tutor Profesional 2020 kini kembali untuk Tahun Ke- 6. Pada setiap tahun program STPM dijalankan, pembaharuan demi pembaharuan diperkenalkan seiring dengan pendidikan semasa.

Simposium ini akan merungkai titik point penting untuk para Tutor diluar sana yang baru bermula, sedang atau yang sudah lama bermula dalam bidang Tutoring.

Peserta yang mengikuti kursus ini pada penganjuran yang lepas juga amat dialu-alukan untuk tambahkan lagi ilmu pengetahuan dan seterusnya mengaplikasikan point baru yang bakal disampaikan seiring dengan pendidikan semasa.

Pelbagai manfaat yang bakal diperolehi dari program  Simposium ini. Antaranya, Formula Beyond dimana formula ini akan menyebabkan ibu bapa dengan pantas dan tidak ragu-ragu untuk memilih anda sebagai Tutor kepada anak mereka.

Anak-anak mereka juga tidak bosan dengan penyampaian pengajaran anda tetapi sebaliknya seronok untuk meneruskan pembelajaran. Mereka akan tetap fokus dengan gaya dan penyampaian anda mengenai satu-satu topik.

Wahhh..Bestkan.. Tutor mana yang tidak seronok apabila anak didiknya beri tumpuan penuh sewaktu belajar kan.. Tentunya ini adalah impian yang ingin dicapai oleh semua Tutor.

Bukan  itu sahaja, rahsia sukses juga akan turut dibongkarkan. Sukses yang bagaimana? seorang yang tidak mempunyai sijil perguruan  juga boleh sukses dalam industri Tutoring tau.

Jadi, mahukah anda dibantu justeru bantu diri anda sendiri menjadi seorang Tutor yang Funtastic?!

Jika Ya! Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Simposium Tutor Profesional Malaysia 2020 pada kali ini!

Tentunya banyak lagi manfaat yang bakal diperolehi dari Simposium ini. Tekan link dibawah sekarang untuk pendaftaran.

Simposium Tutor Profesional Malaysia 2020

[PENYERTAAN ADALAH TERHAD]

  • Share:
author avatar
CMN DigyLearn

Previous post

Belajar Online Tak Seronok? Lihat 5 Faktor Yang Menjadikan E-Learning Menjadi Seronok
July 17, 2020

Next post

Nak Jadi Pelajar Outstanding? Guna 3 Formula Ini.
July 21, 2020

You may also like

5 teknik menarik minat pelajar
Pelajar Kurang Minat Belajar? Guna 5 Teknik ‘Power’ Ini.
21 October, 2020
BEST-SPM-Fast-Lane-Edition-Add-Maths-Kimia-3-1
SEMINAR BEST SPM ADD MATHS & KIMIA SECARA OFFLINE & ONLINE
23 September, 2020
Belajar Gaya Kreatif Digital Learning di Universiti Pelajaran Maysia (UPM) (2)
Belajar Gaya Kreatif Digital Learning di Universiti Putra Malaysia (UPM)
15 September, 2020

Search

Categories

  • Akademik
  • Blog
  • Business
  • Design / Branding
  • Motivation
  • Online Class
  • Trainer
  • Tutor
  • Uncategorized

Copyright ©2017 CMN Digital Tuition | Energized by EduWeb Solutions