Nak Jadi Pelajar Outstanding? Guna 3 Formula Ini.
Menjadi pelajar yang berjaya dan cemerlang sememangnya menjadi idaman setiap insan yang bergelar penuntut ilmu. Namun, bukan pelajar sahaja yang ada cita-cita begini, ibu bapa juga pasti pasang impian untuk melihat anak-anak berjaya dan cemerlang. Tidak ketinggalan juga Tutor atau Guru yang memberikan ilmu yang tidak putus.
Tahukah adik-adik bahawa setiap individu boleh berjaya? Dan kenapa mesti katakan tidak? Letakkan dalam minda adik-adik, jika orang lain boleh berjaya, kenapa bukan aku?
Kata-kata positif akan pandu minda adik-adik untuk lebih berusaha dan teruskan niat untuk terus berjaya. In Shaa Allah pasti akan ada hasilnya. Perkara paling penting adalah jangan putus asa. Ingat… Jika kita gagal merancang, kita yang merancang diri kita untuk gagal.
Penting ke menjadi pelajar yang outstanding? Iya..penting adik-adik! Pembelajaran pada masa kini bukan seperti dahulu. Semua berlumba-lumba untuk berjaya. Kenapa? Nak banggakan mak ayah. Nak jadi insan yang bermanfaat pada masa akan datang.
Eh, ada lagi..Pastinya nak dapatkan straight A’s dalam UPSR, SPM, STPM dan dapatkan Pointer CGPA kelas pertama di universiti. Jadi, rasa semangat tak nak teruskan ni? In Shaa Allah wajib semangat ya.
Adik-adik perlu tahu bahawa keputusan akademik pada masa kini merupakan salah satu faktor utama untuk meneruskan langkah ke alam pekerjaan. Tapi… disini lah yang dikatakan adik-adik perlu menjadi pelajar yang outstanding. Keputusan akademik sahaja tidak mengcukupi. Nak tahu tak bagaimana? Jom teruskan pembacaan.
Menjadi pelajar yang outstanding merupakan pakej untuk adik-adik lebih menonjol dan dikenali ramai. Tujuannya adalah untuk melatih adik-adik menjadi seorang yang bertanggungjawab dan mempunyai kemahiran kepimpinan.
Baiklah.. Formula pertama dah disebut tu. Iaitu latih diri adik-adik untuk mahir dalam ilmu kepimpinan. Berani bercakap di khalayak ramai dalam menyampaikan sesuatu mesej juga adalah salah satu ciri-ciri seorang yang mempunyai kepimpinan.

Harus diketahui bahawa ilmu kemahiran kepimpinan tidak di miliki oleh semua individu. Jadi, dengan penglibatan adik-adik dalam aktiviti luar, ia akan menjadikan adik-adik individu yang bergerak secara aktif dan katakan tidak kepada pasif.
Aktiviti luar ini adalah sesuatu yang boleh pupuk minda adik-adik untuk teruskan menonjol dalam menyelesaikan apa sahaja aktiviti yang dilakukan. Contoh aktiviti luar yang boleh disertai oleh adik-adik seperti program amal seperti program membersihkan kawasan taman bersama penduduk setempat.
Impak dan kesan yang lebih baik, beranikan diri untuk pegang sebarang jawatan penting di dalam program tersebut. Haa..dengan cara ini, adik-adik boleh melatih diri untuk lebih bertanggungjawab dan belajar cara untuk menyelesaikan perkara tersebut secara berkumpulan atau secara individu. Jelas kan adik-adik?
Namun, jangan takut untuk ambil sesuatu tindakan. Mungkin adik-adik takut jika ada kesilapan berlaku kan? Katakan tidak pada bayang-bayang ketakutan. Jangan takut melakukan kesilapan. Tahu kenapa? Dari kesilapan, adik-adik akan belajar untuk perbaiki diri sendiri pada masa akan datang. Permulaan sebuah kejayaan adalah belajar untuk dipimpin sebelum jadi pemimpin.
Formula kedua, saling bertukar pandangan dan idea. Pelajar yang berhasrat untuk nampak lebih outstanding adalah seorang yang berkarisma. Jika berhasrat untuk menjadi seorang yang outstanding, selitkan rasa rendah diri.
Dalam menimba ilmu, tidak boleh menjadi seorang yang bodoh sombong ya (Maaf sedikit kasar bahasanya). Letak dalam minda, jika ingin dihormati, adik-adik juga perlu ada sifat menghormati insan lain.

Apabila bertukar idea, setkan minda adik-adik untuk berlapang dada dalam menerima teguran atau cadangan yang diberikan. Lihat pertukaran idea itu dari sudut yang positif. Belajar terima kelemahan diri dan cuba perbaiki diri dari masa ke semasa. In shaa Allah adik-adik akan menjadi pelajar yang berjaya dan disegani satu masa nanti.
Adik-adik.. Peluang tidak datang bergolek. Bertindak pantas dan cari peluang. Justeru, peluang hanya tercipta pada individu yang ingin melangkah maju kehadapan. Fikirannya tidak terganggu oleh perasaan yang selesa di tempat yang sama. Manfaatkan masa yang ada dan gunakan ia sebaik mungkin.
Ingat..Masa itu emas! Jadual waktu yang padat adalah perkara sinonim dan biasa untuk pelajar yang outstanding. Jadi, pengurusan masa memainkan peranan penting agar tidak ketinggalan dalam mana-mana perkara yang utama seperti siapkan tugas pelajaran. Fokus kepada pelajaran tidak terjejas disebabkan aktiviti luar.
Formula yang ketiga, beradab dalam menimba ilmu. Beradab yang bagaimana? Perkataan adab itu sendiri telah menjurus kepada perilaku adik-adik. Lafaz perkataan baik-baik, niat di dalam hati yang baik-baik. Ilmu yang diterima juga In Shaa Allah mudah di fahami dan dan diberkati.
Nak tahu ciri-ciri pelajar yang beradab tu macam mana? Tahu tak cara untuk berhadapan dengan individu yang lagaknya baik-baik sahaja, tapi di belakang belum tentu?
Baiklah.. Kalau adik-adik nak tahu lagi, tonton perkongsian dari Coach Isa dan tetamu undangannya di laman Facebook Tutor Profesional. Klik sahaja pada gambar dibawah.
Dah selesai menonton?
Dapatkan lebih banyak formula dan info menarik untuk adik-adik terus berjaya.
Hanya Tekan Butang Subscribe Pada Video
dan layari