• All Courses
  • Home
  • About Us
  • Blog
  • Sign In
  • Contact
CMN DigyLearnCMN DigyLearn
  • All Courses
  • Home
  • About Us
  • Blog
  • Sign In
  • Contact

Tutor

  • Home
  • Blog
  • Tutor
  • 4 Cara Mengajar Jarak Jauh

4 Cara Mengajar Jarak Jauh

  • Posted by CMN DigyLearn
  • Categories Tutor
  • Date May 18, 2020

Sejak Malaysia digemparkan dengan Covid-19, sektor pendidikan amat terkesan. Pada permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekolah, IPTA dan IPTS telah ditutup hingga ke hari ini. Justeru itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan pembelajaran secara online (Pembelajaran Jarak Jauh). Guru-guru dan Tutor diminta mengajar di rumah secara online untuk mengelakkan pelajar tertinggal dalam pelajaran.

Pembelajaran jarak jauh bukan mudah untuk dilaksanakan kerana perkara ini telah menjadi satu kejutan untuk sektor pendidikan yang kurang melakukan pendidikan secara online sebelum ini terutamanya sekolah rendah dan menengah awam. Justeru itu, Tutor dan guru perlu beajar dan meningkatkan gaya pembelajaran secara online secara drastik juga yang menuju ke arah pembelajaran abad ke 21.

Gambar ihsan dari Google

Pembelajaran jarak jauh boleh dilakukan menggunakan panggilan video atau tanpa panggilan video. Tapi kali ini, Digylearn akan mengupas cara bagaimana melaksanakan pembelajaran menggunakan panggilan video terlebih dahulu. Perkara yang pertama untuk merealisasikan pembelajaran secara online adalah memastikan kawasan sekeliling mempunyai isyarat internet atau Wi-Fi yang tinggi. Ini untuk memastikan, sepanjang pembelajaran berlangsung, tiada gangguan dari segi internet terputus, suara yang tidak jelas dan paparan yang tidak jelas sepanjang sesi kelas online itu.

Selepas memastikan keadaan isyarat Wi-Fi stabil dan baik, Tutor boleh mulakan panggilan video dengan pelajar. Aplikasi yang tengah meningkat naik pada ketika ini adalah penggunaan ZOOM dan Google Classroom. Penggunaan aplikasi ini dapat membantu Tutor untuk berkomunikasi dengan pelajar-pelajar secara live dan dalam bilangan kuantiti pelajar yang ramai. Ini akan menampakkan pembelajaran itu seperti real and face to face (secara berhadapan). Cara ini menampakkan bahawa Tutor dan pelajar dalam keadaan yang dekat.

Ketiga, pada waktu sesi pembelajaran berlangsung, sesi soal jawab antara Tutor dan pelajar adalah diperlukan. Hal ini untuk mengelakkan pelajar cepat bosan. Sesi soal jawab ini juga diperlukan untuk memerhatikan interaksi dan feedback pelajar anda sepanjang pembelajaran berlangsung. Proses Q&A ini membantu Tutor untuk analisis penglibatan, penguasaan dan pemahaman pelajar sepanjang sesi pembelajaran berlangsung. Dari sini, Tutor boleh analisis dan baiki cara pengajaran hari demi hari untuk memberikan pengajaran secara terbaik menggunakan kaedah online.

Akhir sekali, Livestream kan pengajaran anda. Penggunaannya tidak memerlukan kos yang tinggi. Anda boleh invite pelajar anda pada waktu yang telah ditetapkan di dalam kalendar. Anda boleh setting livestream anda untuk ia kelihatan secara public atau pun private. Lebih sikit pesert anda, lebih baik capaian livestream anda (jelas). Perkara ini membantu anda untuk lebih menjimatkan masa dan anda boleh tentukan siapa yang akan menyertai kelas anda.

Semoga cara-cara diatas dapat membantu para pendidik untuk terus memberikan yang terbaik kepada pelajar dan tidak berputus asa dalam mendidik walaupun dalam keadaan sekarang.

“Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”.

Artikel Berkaitan:

Khas untuk Tutor: Cara Tingkatkan keyakinan mengajar secara Online

5 Tips Setup Online Tuition atau Meeting Secara Pro Menggunakan Zoom

  • Share:
author avatar
CMN DigyLearn

Previous post

Khas untuk Tutor: Cara Tingkatkan keyakinan mengajar secara Online
May 18, 2020

Next post

Cara mengajar jarak jauh tanpa menggunakan panggilan video
May 20, 2020

You may also like

5 teknik menarik minat pelajar
Pelajar Kurang Minat Belajar? Guna 5 Teknik ‘Power’ Ini.
21 October, 2020
BEST-SPM-Fast-Lane-Edition-Add-Maths-Kimia-3-1
SEMINAR BEST SPM ADD MATHS & KIMIA SECARA OFFLINE & ONLINE
23 September, 2020
Belajar Gaya Kreatif Digital Learning di Universiti Pelajaran Maysia (UPM) (2)
Belajar Gaya Kreatif Digital Learning di Universiti Putra Malaysia (UPM)
15 September, 2020

Search

Categories

  • Akademik
  • Blog
  • Business
  • Design / Branding
  • Motivation
  • Online Class
  • Trainer
  • Tutor
  • Uncategorized

Copyright ©2017 CMN Digital Tuition | Energized by EduWeb Solutions