• All Courses
  • Home
  • About Us
  • Blog
  • Sign In
  • Contact
CMN DigyLearnCMN DigyLearn
  • All Courses
  • Home
  • About Us
  • Blog
  • Sign In
  • Contact

Tutor

  • Home
  • Blog
  • Tutor
  • 5 Tips Setup Online Tuition atau Meeting Secara Pro Menggunakan Zoom

5 Tips Setup Online Tuition atau Meeting Secara Pro Menggunakan Zoom

  • Posted by CMN DigyLearn
  • Categories Tutor
  • Date May 12, 2020

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, sektor pendidikan telah ditutup sehingga ke hari ini untuk menjaga keselamatan anak-anak bangsa.Ia adalah salah satu usaha dari pihak kerajaan untuk membanteras penularan virus Covid-19.

Namun, pihak kerajaan tidak berdiam diri mengenai perkembangan pembelajaran pelajar.

Inisiatif ke arah pendigitalan telah dipercepatkan dan tenaga pengajar perlu mengajar secara online.

Tutor dan pengusaha Pusat Tuisyen juga turut sama terkesan kerana kebiasaannya pembelajaran dilakukan secara tradisional (Face to Face) sebelum ini.

Namun, Tutor perlulah bergerak seiring dengan perkembangan semasa terutamanya di fasa Covid-19 ini.

Oleh yang demikian, banyak inisiatif yang telah dilakukan oleh Tutor dengan menggunakan aplikasi di dalam talian untuk memberikan ilmu yang terbaik kepada pelajar. Antara aplikasi yang terkenal ialah ‘Zoom’.

Aplikasi Zoom ini membolehkan Tutor dan pelajar berkomunikasi secara perseorangan atau lebih secara maya yang memberikan ilustrasi seperti perbincangan secara berhadapan atau ‘face to face’.

Tutor dan pelajar boleh berkomunikasi seperti kelas biasa yang telah dilakukan sebelum ini malah boleh menggandakan lagi cara pembelajaran secara digital yang kreatif, inovatif dan interaktif.

Sebagai seorang Tutor yang profesional, penggunaan Zoom secara PRO juga perlu dititikberatkan.

Hal ini kerana, ia menampakkan bahawa anda adalah seorang Tutor yang mempunyai kredibiliti dan kelebihan tersendiri. Ia melambangkan imej anda sebagai seorang Tutor yang berjaya.

Nak tahu tips penggunaan Zoom secara PRO ketika meeting dengan ibu bapa pelajar ataupun meeting dengan pelajar anda? Ikuti tips dibawah.

—Selamat datang ke Aplikasi Zoom (Paparan Aplikasi Zoom)—

1) Perhatikan ‘settings’ di paparan Zoom anda

Pastikan anda set mikrofon anda kepada mode mute apabila menyertai meeting. Hal ini untuk mengelakkan sebarang gangguan dari persekitan anda.

Jika anda sebagai host dan ingin mengajar anda boleh set mikrofon peserta lain kepada mode mute kecuali anda ingin memudahkan sesi komunikasi dua hala.

Boleh set video untuk di buka atau ditutup apabila kelas di jalankan berdasarkan Keperluan.

2) Tutup semua notifikasi yang tidak diperlukan seperti ‘Telegram’ ataupun ‘WhatsApp Web’ anda. Kemaskan ruang perbicangan anda terutamanya jika menggunakan phone jika anda ingin fokus mengajar atau belajar.

3) Ambil langkah yang mudah untuk menampakkan diri anda yang terbaik

  • Akifkan Zoom beauty filter
  • Setkan kamera anda di ‘angles’ yang terbaik.
  • Pantulkan lampu ke belakang dinding yang anda duduk untuk menampakkan diri anda secara jelas atau duduk menghadap tepat ke arah paparan skrin ‘window’
  • Wujudkan ruang suhu yang selesa untuk mengelakkan anda terganggu sewaktu meeting dijalankan.

4) Gunakan kelebihan latar belakang (Virtual background) yang menarik di dalam aplikasi Zoom untuk memberikan suasana atau kelainan yang positif.

5) Anda boleh ‘share screen’ atau ‘share window’ untuk berkongsi bahan pembelajaran seperti powerpoint atau video dari Youtube.
Anda juga boleh menggunkan ‘digital whiteboard’ Zoom atau menggunakan peralatan tambahan seperti ‘bamboo pad’.

Jemput tonton video di bawah untuk lebih jelas ?

Artikel Berkaitan:

Realisasikan Pendidikan STEM Abad Ke-21

Tranformasi TUTOR Seiring Dengan Perkembangan TEKNOLOGI

  • Share:
author avatar
CMN DigyLearn

Previous post

Tutor berjaya di musim PKP
May 12, 2020

Next post

Pelajar Tidak Minat Subjek Sains? Gunakan 4 Teknik Yang Memikat Hati Ini.
May 16, 2020

You may also like

5 teknik menarik minat pelajar
Pelajar Kurang Minat Belajar? Guna 5 Teknik ‘Power’ Ini.
21 October, 2020
BEST-SPM-Fast-Lane-Edition-Add-Maths-Kimia-3-1
SEMINAR BEST SPM ADD MATHS & KIMIA SECARA OFFLINE & ONLINE
23 September, 2020
Belajar Gaya Kreatif Digital Learning di Universiti Pelajaran Maysia (UPM) (2)
Belajar Gaya Kreatif Digital Learning di Universiti Putra Malaysia (UPM)
15 September, 2020

Search

Categories

  • Akademik
  • Blog
  • Business
  • Design / Branding
  • Motivation
  • Online Class
  • Trainer
  • Tutor
  • Uncategorized

Copyright ©2017 CMN Digital Tuition | Energized by EduWeb Solutions