5 Tips Utama Merancang Kewangan Khas Untuk Tutorpreneur
Di dalam artikel Berita Harian telah mendapati Ekonomi Malaysia diasak ketidaktentuan Global. Hal ini dipercayai berikutan faktor termasuk ketidaktentuan sentimen ekonomi global seperti rundingan dagangan Aerika Syarikat (AS)- China, isu Brexit selain Senario politik dalam negeri.
Disebabkan faktor ekonomi yang tidak menentu pada zaman kini, banyak juga peluang-peluang yang wujud seperti bisnes, pelaburan (halal dan scam) dan sistem buat duit (affiliate, dropship, agent) dan banyak lagi.
Kalau ikutkan semua nak buat sebab memang sifat manusia mudah distracted dan dipengaruhi dengan persekitaran.
Walaubagaimanapun, ciri-ciri orang yang berjaya adalah mereka fokus. Fokus dalam sesuatu bidang/bisnes hingga berjaya sekurang-kurangnya ada sistem yang terbukti berkesan dan boleh dijalankan oleh team mereka.
Tanya pada diri kita 3 soalan penting ini?
1. Apakah passion/minat kita?
2. Apakah bakat/kemahiran kita?
3. Apakah ada permintaan terhadap produk/servis itu?
Daripada 3 perkara ini, kemudian fikir…
Bagaimana nak mencapainya?
Apakah kita sanggup fokus dalam 1 bidang hingga berjaya?
Mulakan dengan modal yang minima dahulu.
Masa depan kita, kita lah menentukannya, dengan izin Allah.
Setuju atau sebaliknya?
Pelaksanaan Kerjaya Berbentuk Bisnes
Artikel ini akan berkisar mengenai 5 Tips Utama dalam merancang kewangan terutamanya kepada golongan usahawan. Antara tip mudah yang boleh dipraktikkan oleh anda menerusi pembacaan daripada LOANSTREET SDN BHD dan AIA ialah:
1. Laksanakan Kunci Kira-kira
2. Wang Pendapatan – Wang Perbelanjaan = Jumlah Pendapatan Bersih. Dengan cara begini, anda boleh tahu wang yang anda belanjakan dan baki simpanan yang anda boleh lakukan.
Selain daripada itu , pengiraan nisbah hutang juga boleh dibuat.
Jumlah Komitmen bulanan / Jumlah Pendapatan Kasar = Nisbah Hutang
Pengetahuan untuk nisbah hutang adalah penting supaya anda tidak dibebani hutang kerana ia akan memberi kesan kepada permohonan pinjaman anda pada masa akan datang , sekali gus menjejaskan perjalanan matlamat anda!
3. Senaraikan Matlamat
Ianya terbahagi kepada tiga:
i) Matlamat untuk Jangka Masa Yang Pendek. Hal ini kebiasannya boleh dicapai dengan memperbetulkan perbelanjaan anda
Matlamat untuk Jangka Masa Yang Panjang. Cara ini boleh dibangunkan dengan simpanan anda sekurang-kurangnya beberapa tahun.
Matlamat untuk Persaraan. Kebiasaannya, perkara ini gagal dilaksanakan oleh bagi pemuda-pemudi. Apa yang membezakan matlamat ini berbeza dengan yang lain dimana anda akan mengalami kehilangan upaya bagi memiliki pendapatan kewangan bila anda sudah bersara nanti. Oleh itu bila anda perancangan bagi matlamat ini,anda perlu sentiasa berjaga-jaga..
4.Strategi Berkesan
Strategi perancangan haruslah merangkumi 4 perkara:
- Pelaburan
- Simpanan
- Perbelanjaan
- Insuran (bukan sahaja produk insuran tetapi sebagai satu rancangan tambahan sekiranya anda tiada salah satu dari kategori di atas)
5. Tip Bonus: Latih Diri Anda
Cara pengendalian kewangan boleh didapati secara online dan dimana sahaja walaupun pendidikan kewangan bukanlah suatu subjek di sekolah tetapi ianya merupakan satu kemahiran yang boleh dipelajari dan diamalkan. Lebih banyak yang dipelajari, lebih banyak akan anda ketahui tentang topik kewangan.
Dengan 5 tips diatas, semestinya anda sudah boleh merancang dan membentuk hala tuju anda untu mencapai matlamat anda.
Walaubagaimanapun, artikel sebelum ini pernah dikongsikan bagaimana seorang Tutor transform kepada Tutorpreneur. Jadi, apabila transformasi telah dilakukan, langkah yang perlu diambil ialah dengan menititikberatkan cara untuk pengendalian, pengurusan kewangan dan pensyarikatan gaya pro. Hal ini penting untuk menampakkan matlamat yang ingin dicapai.
Kesimpulannya
Urusan perancangan kewangan haruslah dititikberatkan oleh setiap individu terutamanya yang menceburi bidang perkerjaan masing-masing.
Perancangan kewangan yang baik dan awal, akan membuahkan hasil kearah matlamat yang berjaya. Bayangkan memiliki aset seperti rumah dan kereta mewah diawal umur 30an dibandingkan dengan memiliki sebuah rumah dikala usia mencecah 50an. Hal ini membuktikan bahawa, pelan kewangan awal lebih baik berbanding tiada.Jom saksikan perkongsian video kewangan yang lebih baik dari Dr. Azizan Osman.