• All Courses
  • Home
  • About Us
  • Blog
  • Sign In
  • Contact
CMN DigyLearnCMN DigyLearn
  • All Courses
  • Home
  • About Us
  • Blog
  • Sign In
  • Contact

Business

  • Home
  • Blog
  • Business
  • Anda rasa cukup sekadar Tutor? Jom lakukan perubahan kepada kerjaya Tutorpreneur

Anda rasa cukup sekadar Tutor? Jom lakukan perubahan kepada kerjaya Tutorpreneur

  • Posted by CMN DigyLearn
  • Categories Business
  • Date February 5, 2020

Cerita ini mengisahkan dua orang pemuda iaitu Zul Vs Mat yang membawa konsep usahawan.

Cerita ini adalah kisah benar walaupun Zul Vs Mat bukanlah orang sebenar, namun sifat mereka adalah benar-benar nyata.

Adakah anda seorang usahawan? Jika ya, anda merupakan seorang usahawan yang mungkin terholong dalam kalangan Zul atau Mat.

Jom kita menelusuri cerita Zul dan Mat ini.

Mari mulakan pembacaan sehingga tamat untuk mengetahui pengakhiran cerita ini..suprise…..

Mesti ada tertanya, siapakah Mat?

Mat bermula sebagai seorang pekerja ‘part time’. Beliau sudah berkecimpung dalam bidang bisnes lebih daripada 3 tahun.

Jika dihitung kira mungkin lebih 6 tahun di campur dengan pengalaman belia buat dropship, affiliate, internet marketing, jual produk pakaian, kecantikan, mengajar tuisyen, pakaian takaful dan banyak lagi 

Pertemuan bersama Zul..

Jalan penceritaan yang lebih kurang sama, Zul juga memulakan bisnes secara ‘part time’ dengan pelbagai jenis bisnes termasuk mengajar tuisyen.

Walaubagaimanapun, buat bisnes tidaklah semudah yang di sangkakan. Namun, semakin lama masa berlalu, Zul mendapati bahawa ‘passion’nya yang sebenar….

Mengenali Mat

Pantangnya Mat ini adalah apabila beliau mendengar tentang peluang-peluang bisnes yang baru.

Mat menyertai pelbagai jenis seminar, training, bengkel, coaching bisnes dan banyak lagi yang disertainya. Pantang mendengar program yang ‘so called hot’, Mat akan join..itu pun kalau cukup duit..

Pendek kata, Ebook, DVD, subscribe email sifu-sifu mana yang Mat tak beli dan join..

Tapi sayang, belum dipraktikkan sahaja.

Semangat 2-3 hari lepas program, selepas tu sejuk balik seperti pepatah “hangat-hangat tahi ayam” hiii..

Apa yang pasti adalah 3 perkara ni:

1. Pendapatan bisnes cukup-cukup makan (biasa memang merompak duit syarikat..shhh)

2. Mat akan mati satu hari nanti tanpa legasi yang ditinggalkan.

3. Akan ada yang tawaran serta baru ‘shiny-objects’ di email, facebook mahupun rakan-rakan kongsikan.

… Dan dengan sedikit sedikit wang lebihan yang ada dalam bank, Mat laburkan dengan harapan pelaburan ilmu perlu dibuat untuk berjaya. Iya, ini adalah Mat.

Itu memang tidak dapat dinafikan..

Namun, Mat mengharapkan ada ‘pil ajaib’ bisnes setiap masa yang dapat membantunya kaya dan jadi jutawan.

Tengok orang tu berjaya buat bisnes A, Mat pun nak jadi macam dia, tengok orang tu berjaya dalam bisnes B, Mat pun nak tiru macam dia..belum lagi pelbagai skim-skim ‘sontot’ dan ‘cepat kayap’ yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan dan mengelabui matanya.

Apa yang pasti, seorang insan yang bernama Mat akan buat semua perkara:

– Mengajar

– Cipta modul

– Bagi talk

– Claim yuran setiap bulan

– Uruskan akaun..(walaupun akhirnya terpaksa ‘merompak’ bisnes sendiri)

– Customer service dengan klien

– Edar flyers

– Gantung bunting

– Buat marketing di facebook

Belom lagi dicampur 3-4 bisnes yang dia buat serentak untuk ‘cover’ pendapatan beliau.

Mat tak berani ambil staf, atau ‘outsource’ serta ‘leverage’ pada orang lain. Hal ini disebabkan faktor untuk berjimat katanya. Jadi, baik buat sendiri hii.

Rodaan Mat masih berputar ditempat yang sama selama bertahun-tahun. Namun, dia percaya bahawa apa yang dilakukannya ini ada ‘something wrong somewhere’. Jadi, beliau mula berfikir cara untuk mengatasinya.

Tapi, bagaimana nak keluar darinya?

Bila Mat mempunyai masalah dalam bisnes, beliau akan tangguh terlebih dahulu projek bisnes tersebut. Kemudian ada peluang bisnes baru, Mat sudah ‘berfikir-fikir’ untuk join dengan semangat baru katanya..

Mat sentiasa tercari-cari peluang baru yang mungkin boleh menjadikannya kaya serta menjadi jutawan suatu hari nanti..

Walaubagaimanapun, hasilnya masih sama dan kebiasaannya memang tak ke mana..

Tapi ingat… ‘Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang-senang kemudian’ kann??

Ini adalah cabaran dan ‘Game’ yang akan berulang-ulang sehingga Mat benar-benar menjumpai bisnes yang boleh menjadikan dia kaya segera…

Apa cerita pula dengan Zul?

Haa.. Pengurusan bisens Zul berbeza dari Mat.

Zul masih boleh mengurus tarikan terhadap pelbagai tawaran serta peluang dalam bisnes. Dia tidak ketagih. Dia boleh mengawal apa yang di beli, program yang dia sertai serta melakukan pilihan samada untuk diteruskan atau di abaikan .

Pemerhatiannya lebih selektif dan mampu memberikan fokus dalam tugasan penting yang perlu disiapkan segera. Dia amat menghargai masanya.

Zul seorang yang fokus untuk mencapai matlamat diri serta syarikatnya. Beliau membina aset jangka masa panjang serta sistem hasil dari ‘leverage’ yang dilakukannya dalam syarikat.

Beliau hanya target pada pelanggan yang spesifik  dalam niche tertentu sahaja. Dia faham bahawa dia tidak boleh tawarkan atau jual produk/servis kepada semua orang.

Beliau sangat faham bahawa kita berada pada fasa di mana lebih baik menjadi seseorang yang dipercayai serta dapat memberikan nilai spesifik yang pelanggan inginkan.

Pelanggan pun ingin mencari solusi yang ditawarkan oleh mereka yang berpengalaman dalam bidang tersebut.

Pelanggan yang berulang adalah ‘tulang belakang’ kepada bisnes. Jika kita tidak menjaga mereka disebabkan sibuk dengan pelbagai jenis bisnes atau tugasan, maka mereka akan lari kepada orang lain.

Jadi Zul mengambil keputusan untuk membina ‘real business’ dan syarikat iaitu menjalankan sistem dengan lebih fokus dan strategik berdasarakan kepada pembahagian department.

Pada beliau, produk atau servis bukanlah lagi sekadar bahan komoditi jualan, tetapi adalah solusi kepada permasalahan klien secara spesifik.

Zul mempunyai pandangan bahawa duit dan modal bukanlah segala-galanya..Tidak semestinya tunggu ada modal yang banyak untuk memulakan sesuatu untuk mencapai impiannya..

Zul percaya bahawa beri dahulu apa yang dia ada, insyaAllah hasilnya akan datang kemudian.

Alhamdulillah hasilnya memang di luar jangkaan Zul sendiri!

Jadi sekarang Zul telah mempunyai beberapa cawangan bisnes di seluruh Malaysia dan team yang support beliau.

=================

Kesimpulan yang boleh dikatakan disini ialah:

Mat melihat sesuatu peluang sebagai hasil akhir, tetapi bukan pada usaha untuk membina kejayaan tersebut.

Mat adalah ‘jack of all trades and master of none’ yang bermaksud semua bisnes dia rasa tahu dan boleh buat. Walaupun hakikatnya tidak semudah yang disangka.

Setiap tawaran bisnes mahupun ‘shiny objects’ di lihat sebagai peluang untuk mendapat duit dan menjadi kaya dengan kadar yang paling cepat.

Hasilnya memang boleh dijangka..

Berbeza pula dengan cara Zul.

Zul faham bahawa membina sistem bisnes adalah suatu proses yang mengambil masa.

Ia adalah sebuah usaha keras yang wajib bersifat berterusan sepanjang masa dan secara konsisten.

Dia faham bahawa jalan di hadapan dipenuhi cabaran, tiada yang pasti serta memerlukan pengorbanan, disiplin, komitmen dan passion yang tinggi.

Tapi apa yang Zul pasti, dia sedang menambah nilai serta membantu klien-klien mereka dan klien-kliennya berpuas hati dan menjadi ‘repeat customer’. Dia yakin bahawa boleh berkembang dengan cara menambahbaik perkhidmatan serta sistem bisnesnya dari semasa ke semasa.

Sebenarnya ‘Zul’ berada di sekeliling kita, dari Usahawan Berjaya sehingga usahawan ‘lean startup’ yang masih baru.

Ia bermula dengan niat dan ‘mind-set’ yang betul untuk memberi manfaat melalui bisnes yang dijalankan serta fokus untuk berjaya dalam sesuatu bidang.

Jadi, setakat itu sahajalah kisah Zul Vs Mat untuk episod ini.

Jadi dimanakah anda? Zul atau Mat?

==================

Cerita Mat & Zul semestinya mempunyai banyak ‘peringkat’.

Apabila orang seperti ‘Mat’ menjalankan satu-satu bisnes dan mendapat sedikit keuntungan, dia akan gembira dan bersemangat.

Jika sebaliknya, rungutan dan perbandingan dengan orang lain yang berjaya akan terjadi. ‘Mat’ selesa untuk berada di kalangan ‘Mat’ yang lain.

Manakala ada ‘Mat’ yang sedar bahawa mereka adalah ‘Mat’ dan mereka ingin berubah menjadi seperti ‘Zul’..Tetapi mungkin belum bersedia atau belum tahu bagaimana caranya.

Berita baiknya, masih ada harapan untuk ‘Mat’ jadi seperti ‘Zul’!

Semua mempunyai pilihan. Antaranya:

– Berikan nilai pada pelanggan

– Selesaikan masalah mereka

– Berikan ‘customer-service’ terbaik

Kemudian terus fokus untuk membina sistem bisnes. Jika ada masalah, tangani dan bermentor pada yang sudah berpengalaman.

Namun, ada ‘Zul’ yang sangat jarang dalam dunia  bisnes, iaitu mereka melakukan bisnes tujuan utamanya bukanlah duit semata-mata, tetapi untuk melakukan suatu perubahan yang baik dan memberi manfaat untuk dunia iaitu seperti Steve Job, Mark Zuckerberg, dan Sulaiman Al-Rajhi, Syed Mokhtar Al-Bukhari, dan ramai lagi.

Akibat dari ‘side-effect’ untuk mengubah dunia itu secara tidak di sangka-sangka adalah rezeki yang melimpah ruah buat mereka.

Mungkin dengan niat melakukan sesuatu kebajikan dan memberi manfaat kepada lebih ramai orang ini akan memberikan impak yang sangat besar kepada bisnes anda?

Waalaubagaimanapun, pilihan untuk menjadi Mat atau Zul terpulang kepada setiap individu.

Adakah kita memilih untuk jadi Mat atau Zul?

Jika sekarang ini kita adalah Mat, kita ada pilihan untuk memilih.

Apa sahaja pilihan kita, yang penting kita tahu dan sedar itu adalah pilihan terbaik untuk kita.

=================

Di CMN Academy , pemilihan untuk memberi manfaat melalui pembelajaran kepada pelajar di Malaysia dan di luar negara dengan prinsip dan ‘core-value’ yang di pegang.

Sedikit sebanyak ia juga diharapkan dapat menyumbang kepada dunia pendidikan walaupun tidaklah sebesar mana. Namun, melihat anak-anak ini suka belajar dengan gembira sudah cukup memberikan kebahagiaan. 

Adakah anda Tutor atau Tutorpreneur? Jom saksikan bingkisan video dibawah.

Apakah keistimewaan Bisnes Home Tuition??

– Permintaan yang besar daripada ibu bapa memandangkan Malaysia yang kearah Pembelajaran Abad Ke-21 kepentingan pembelajaran seiring dengan teknologi semasa.

– Membantu dan meningkatkan tahap pembelajaran yang ‘ketara’ agar pelajar dapat mencapai kecemerlangan dalam subjek yang dipelajari.

– Bebas dalam menyusun jadual anda sendiri memandangkan anda alah majikan.

– Lebih banyak masa dapat diluangkan bersama keluarga dan rakan-rakan.

– Bebas menikmati faedah pekerjaan yang memuaskan dan menyeronokkan.

Jom sama-sama lakukan Transformasi Tutor kepada Tutorpreneur

  • Share:
author avatar
CMN DigyLearn

Previous post

Dunia Menuju ke arah Inovasi STEM
February 5, 2020

Next post

12 Senjata untuk menjadi Success Tutorpreneur Mentorship (STM)
February 6, 2020

You may also like

12 teknik
12 Senjata untuk menjadi Success Tutorpreneur Mentorship (STM)
6 February, 2020
Copy of Copy of Copy of EVENT FLYER – Made with PosterMyWall
12 Perkara Penting Yang Perlu Dikuasai Tutor Untuk Kembangkan Bisnes Tuisyen
22 January, 2020

Search

Categories

  • Akademik
  • Blog
  • Business
  • Design / Branding
  • Motivation
  • Online Class
  • Trainer
  • Tutor
  • Uncategorized

Copyright ©2017 CMN Digital Tuition | Energized by EduWeb Solutions