Bagaimana Servis Tuisyen Anda Boleh Memikat Hati Ibu Bapa?
Bagaimana ingin mengelakkan atau mengurangkan persaingan dalam bisnes tuisyen?
Bisnes anda sudah mempunyai USP (Unique Selling Proposition)?
Apakah USP itu?
USP ialah keunikan yang ada pada bisnes anda dan tiada pada bisnes lain.
Mudahnya, jika pelanggan bertanya,
Jika anda sebagai usahawan boleh menjawab ia dengan senang hati, maksudnya bisnes anda mempunyai USP tersendiri ?
Nak contoh?
Cuba teka apakah brand yang menggunakan tagline USP ini?
“Fresh, hot pizza delivered in 30 minutes or less, guaranteed.”
Bagi membezakan dan menonjolkan perkhidmatan anda, anda perlu memikirkan sesuatu yang berbeza dan unik berbanding perkhidmatan orang lain. Ini akan membuatkan klien sentiasa mencari-cari anda disebabkan kelebihan tersebut.
Ada yang membezakan perkhidmatan mereka dengan memberikan pakej diskaun apabila klien mengambil banyak subjek.
Ada yang memberikan kelas tambahan secara percuma kepada klien tuisyen mereka atau sebaliknya.
Contohnya, mereka berpeluang untuk hadir program-program berkaitan akademik, dan program motivasi tertentu secara percuma atau dengan mendapat diskaun.
Boleh juga dengan modul pembelajaran yang menarik ?
Selain itu, boleh dengan memberikan lebih masa setiap kali kelas dijalankan. Contohnya, pada awalnya kedua-dua belah pihak bersetuju untuk membuat satu sesi selama 1 jam. Disebabkan oleh tutor tidak berkira, yang penting pelajar tersebut mendapat impak yang optimum, maka masa tersebut melebihi 1 jam dan ia tidak dikira dalam bil.
Kesannya, klien akan melihat tutor tersebut memberikan perkhidmatan yang luar daripada kebiasaan dan berkemungkinan mereka akan menambah subjek lain atau mengesyorkan perkhidmatan tutor tadi kepada kenalannya. Itulah yang dipanggil ‘mouth to mouth’ marketing.
Jadi, anda pasti mempunyai kelebihan sendiri berbanding orang lain, oleh itu gunakanlah ia untuk menjadi ‘senjata’ terhebat anda bagi memberikan perkhidmatan pembelajaran yang terbaik kepada pelanggan anda.
Bagaimana menjadikan bisnes tuan/puan diyakini oleh klien?
Bagaimana menjadikan bisnes tuan/puan nampak profesional walaupun baru bermula?
Antara strategi mem’BRANDING’ servis/produk tuan/puan:
1. Menjadi yang pertama atau terawal dalam sesuatu ‘niche’ bisnes. Cuba cari bidang spesifik yang orang lain masih belum terokai.
2. Memiliki ciri-ciri yang unik (attribute ownership) yang tidak dimiliki oleh bisnes lain.
3. Menjadi ‘leader’ dalam industri. Kita menjadi pemimpin dalam bidang itu dan bisnes lain menjadikan brand kita sebagai benchmark.
4. Menjadikan ‘heritage’ sebagai kelebihan. Contohnya menjadikan pengasas atau kisah bagaimana bisnes tersebut bermula sebagai daya tarikan.
5. Menjadi ‘specialist’ dalam niche tersendiri kerana kebanyakan orang hanya akan mencari pakar atau ‘orang lama’ dalam sesuatu bisnes.
6. ‘Polarity Positioning’- Melakukan perkara yang berlainan dengan market dan melawan arus semasa.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Formula Cikgu Tuisyen klik di: Bagaimana Menjadi Tutor Tuisyen yang berjaya dan Legend