• All Courses
  • Home
  • About Us
  • Blog
  • Sign In
  • Contact
CMN DigyLearnCMN DigyLearn
  • All Courses
  • Home
  • About Us
  • Blog
  • Sign In
  • Contact

Motivation

  • Home
  • Blog
  • Motivation
  • Bagaimana Tutor Mengurus Cabaran Zaman Millennium – Cikgu Azman (Pengasas Pusat Tuisyen Alfa)

Bagaimana Tutor Mengurus Cabaran Zaman Millennium – Cikgu Azman (Pengasas Pusat Tuisyen Alfa)

  • Posted by CMN DigyLearn
  • Categories Motivation
  • Date February 19, 2020

Pada suatu hari seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi Muhammad saw meminta bantuan.

Baginda saw pun bertanya, “Apakah kamu mempunyai sesuatu di rumah?”

Lelaki Ansar menjawab, “Ya ada. iaitu pakaian kasar yang dapat mengalas punggung unta. Sehelai kami guna dan ada yang sehelai lagi, kami hamparkan. Dan juga bekas minum.”

Rasulullah saw pun terus berkata, “Bawa kedua-duanya kepada aku.”

Maka lelaki Ansar itu tadi pun membawa kedua-duanya kepada Rasulullah saw lantas Baginda mengambilnya lantas berkata kepada orang ramai, “Siapa yang mahu membeli dua barang ini?”

Seorang lelaki menjawab, “Aku akan membelinya dengan 1 dirham,”

Rasulullah saw pun berkata & mengulanginya 2, 3 kali, “Siapa yang mahu menawarkan 2 dirham?”

Seseorang pun menjawab, “Saya mahu membelinya dengan 2 dirham,”

Rasulullah saw pun mengambil 2 dirham tersebut dan diberikan kepada lelaki Ansar tadi lalu berkata, “Belilah makanan 1 dirham untuk keluargamu dan 1 dirham lagi gunakan untuk membeli (mata) kapak dan bawa kepadaku.”

Lelaki Ansar tadi pun melaksanakan arahan Rasulullah saw dan memberikan (mata) kapak tersebut kepada Baginda. Rasulullah saw memasangkannya dengan kayu lalu berkata, “Nah (kapak) dan sila pergi mencari kayu. Aku tak mahu melihat kamu di sini selama 15 hari ini.”

Lelaki Ansar itu pun beredar, mencari kayu dan menjualnya. Selepas 15 hari lelaki Ansar itu datang kepada Rasulullah saw bersama 15 dirham. Rasulullah saw pun berkata, “Beli makanan dan bakinya beli pakaian.

Sesungguhnya ini adalah lebih baik dari dari kamu datang meminta-minta kerana perbuatan meminta-minta itu akan merosakkan wajah kamu pada hari Akhirat. Sesungguhnya meminta-minta itu hanya untuk yang sangat miskin, orang yang kerugian teruk atau darah yang menyakitkan.”

Nota:

1. Hadis ini direkodkan oleh Imam Ibn Majah, No hadis 2198.

2. Rantaian hadis ini bermula dari Anas bin Malik r.a.

Sumber: www.pakdi.net

———————————————————

Sesungguhnya perbuatan mmeminta-minta itu amatlah ditegah selagi berkeupayaan. Sebuah kehidupan akan ada cabaran dan kesusahannya. Namun, setiap individu tetaplah harus berusaha untuk meneruskan kehidupan dan lakukan yang terbaik.

Terdapat banyak peluang yang kita boleh ceburi dan dijadikan pendapatan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Pada zaman millennium ini, cabaran yang di lalui amatlah mencabar. Jadi, setiap individu perlulah berdaya saing dan merebut peluang yang ada seperti menjadi ‘Home Tutor”, pelukis, kontraktor dan banyak lagi pekerjaan lain. Ketahuilah, dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan, akan ada cabaran tersendiri termasuklah menjadi seorang ‘Tutor’ mahupun dirumah atau disekolah. Jadi, kita haruslah bijak dalam menguruskan cabaran tersebut di zaman millennium ini.

Artikel lain:

Khas Untuk Tutor Yang Ingin Berjaya

5 Tips Utama Merancang Kewangan Khas Untuk Tutorpreneur

  • Share:
author avatar
CMN DigyLearn

Previous post

16 Ciri-Ciri Pendidik Sukses
February 19, 2020

Next post

PERCUMA Pembelajaran Online Untuk Anak-Anak Sewaktu PKP Dilanjutkan
April 10, 2020

You may also like

Sekolah Di Tutup, Gandakan Pembelajaran Secara Online
Kenapa Pendidikan Pada Masa Kini Menggusarkan?
3 September, 2020
PEPERIKSAAN DITANGGUH DAN DIBATALKAN. WAJARKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN JUGA DIHENTIKAN_
UPSR, PT3 batal. SPM, STPM tunda. Adakah Pembelajaran Dan Pengajaran juga harus ditunda atau dibatalkan?
16 April, 2020
_ Earth Stewards Co.
16 Ciri-Ciri Pendidik Sukses
17 February, 2020

Search

Categories

  • Akademik
  • Blog
  • Business
  • Design / Branding
  • Motivation
  • Online Class
  • Trainer
  • Tutor
  • Uncategorized

Copyright ©2017 CMN Digital Tuition | Energized by EduWeb Solutions