Cara mengajar jarak jauh tanpa menggunakan panggilan video
Artikel sebelum ini ada membincangkan mengenai cara belajar jarak jauh dengan menggunakan panggilan video. Namun, tidak semestinya pembelajaran itu hanya boleh dilaksanakan dengan panggilan video sahaja. Terdapat cara yang tidak memerlukan pembelajaran menerusi panggilan video secara terus. Artikel kali ini akan mengupas cara mengajar jarak jauh tanpa menggunakan panggilan video.
Pertama, Tutor atau Guru perlu mencari alternatif bagaimana untuk menggalakkan komunikasi dan penglibatan murid dalam setiap topik yang akan dibicarakan. Antaranya, pengagihan tugas secara awal perlu dilakukan sebelum Tutor mengadakan kelas secara online. Ini dapat memupuk budaya kerjasama dan komunikasi dengan pelajar sepanjang pembelajaran di rumah.
Antara platform yang boleh digunakan ialah ZOOM dan Google Classroom. Bagi pengagihan tugas menerusi ZOOM, Tutor boleh mengagihkan tugas terlebih dahulu kepada pelajar dan kemudian set kan jadual meeting untuk topik tugasan yang telah diberikan. Contohnya, pengagihan tugasan diberikan tiga hari sebelum meeting di tetapkan. Ini dapat bantu pelajar untuk mencari maklumat terlebih dahulu sebelum kelas diadakan. Tujuan set meeting juga untuk mendapat persetujuan waktu pelajar bagi menghadirkan diri dalam meeting secara online tersebut. Apabila pengagihan tugasan diberikan awal, maka peljar telah bersiap sedia untuk memberikan maklum balas (komunikasi) dengan apa yang telah mereka cari untuk tugasan sebelum ini.
Cara yang kedua, wujudkan satu platform atau website untuk memudahkan anda berhubung dengan murid anda. Hal ini dapat membantu anda memberikan tugas, memaparkan maklumat pembelajaran, assignment dan video. Pada pandangan saya, cara yang mudah untuk perkara ini ialah wujudkan Group Whatsapp, Telegram atau pun Facebook page untuk kelas anda. Hal ini dapat membantu mereka untuk akses setiap maklumat yang diberikan oleh anda. Namun, sebagai Tutor, anda perlu memikirkan waktu yang sesuai dan tepat untuk memberikan setiap tugasan atau maklumat ini (tujuan: menampakkan bahawa anda profesional) dan untuk mengelakkan pelajar anda tertinggal mengenai info yang anda berikan. Antara platform lain yang anda boleh gunakan ialah Google sites.
Seorang Tutor akan siap sedia dengan soalan atau kuiz diakhir setiap pembelajaran yang telah dilaksanakan. Hal ini dilakukan bagi melihat atau mengenalpasti daya penguasaan murid terhadap pembelajaran yang telah dilaksanakan. Tutor boleh menilai tahap pemahaman dan penguasaan pelajar setiap kali pengajaran dan pembelajaran selesai. Untuk laksanakan kuiz ini, Tutor boleh menggunakan cara ketiga iaitu menggunakan Google Form. Hal ini lebih mudah kerana pelajar boleh akses pada bila-bila masa dan pemarkahan dan jawapan yang betuk akan di generate secara automatik Selain dari Google Form, Tutor juga boleh menggunakan Kahoot. Tetapi, untuk game ini, pelajar perlu masuk serentak kerana waktu penglibatannya telah ditetapkan.

Keempat, maklum balas dari seorang Tutor juga penting untuk membantu pelajar memahami tahap penguasaan mereka terhadap pembelajaran yang telah dilaksanakan. Tutor boleh menggunakan Google Docs untuk mengulas, memberi maklum balas atau komen kepada setiap jawapan yang diberikan oleh Pelajar. Hal ini dpat membantu murid kenalpasti kekurangan atau esilapan jawapan yang diberikan oleh mereka.
Semoga artikel kali ini dapat membantu Tutor untuk teruskan dan tingkatkan cara pengajaran dan pembelajaran secara maya seiring dengan permintaan Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyiddin Yassin. Malaysia kini perlu biasakan dengan norma baharu. Sejajar dengan Tema hari Guru 2020 iaitu “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”.
Artikel Berkaitan:
Khas untuk Tutor: Cara Tingkatkan keyakinan mengajar secara Online