• All Courses
  • Home
  • About Us
  • Blog
  • Sign In
  • Contact
CMN DigyLearnCMN DigyLearn
  • All Courses
  • Home
  • About Us
  • Blog
  • Sign In
  • Contact

Tutor

  • Home
  • Blog
  • Tutor
  • [3] Tiga Cara Untuk Menggalakkan Pelajar Seronok Mengikuti Kelas Online

[3] Tiga Cara Untuk Menggalakkan Pelajar Seronok Mengikuti Kelas Online

  • Posted by CMN DigyLearn
  • Categories Tutor
  • Date May 21, 2020

Pembelajaran secara online adalah salah satu inisiatif yang telah diambil oleh Guru dan Tutor ketika kita dilanda Covid 19 untuk meneruskan sesi pembelajaran seperti biasa. Walaubagaimanapun, hal ini bukanlah suatu perkara yang mudah. Antara luahan yang diutarakan oleh seorang Guru ialah pembelajaran secara online ini terkadang memberikan kesan yang memberangsangkan terkadang K.O. Betul ke?

Begitulah perkara yang dihadapi oleh Guru dan Tutor saban hari. Namun, mereka tetap tidak berputus asa untuk menambahbaik cara pengajaran secara online ini untuk anak didik tercinta.

Penglibatan pelajar sewaktu sesi pembelajaran online amatlah dititikberatkan oleh seorang tenaga pengajar. Hal ini untuk menilai tahap kefahaman pelajar terhadap penyampaian pembelajaran yang sedang atau telah berlangsung. Tutor perlu mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan penglibatan pelajar secara berterusan.

Perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum memulakan sesi pembelajaran, sebut nama pelajar dan berkenalan terlebih dahulu. Kemudian, barulah Tutor boleh meneruskan kelas. Semasa sesi kelas berlangsung, Tutor boleh tanyakan soalan mudah dan isu terkini sebagai perantaraan. Hal ini boleh mengelakkan pelajar bosan jika fokus kepada pembelajaran semasa.

Gaya Penyampaian Pembelajaran Yang Kreatif Melalui Kaedah Online

Harus diingat juga, kita sekarang dalam sesi kelas online dan bukan offline. Cara untuk ‘tackle’ pelajar juga haruslah berbeza. Kemudian, galakkan perbincangan antara murid sewaktu sesi pembelajaran berlangsung. Tutor boleh mengutarakan soalan kepada pelajar dan meminta setiap pelajar bincangkan dan capai kata putus untuk pemilihan jawapan yang tepat. Bukan Tutor sahaja yang boleh utarakan soalan, tetapi anak didik juga boleh melakukan perkara yang sama.

Sesi Kelas Online Bersama Pelajar

Di akhir (selepas) sesi pembelajaran, Tutor mungkin boleh meminta setiap murid untuk menulis soalan untuk apa yang tidak mereka fahami. Kemudian, tukar-tukar setiap soalan antara pelajar. Minta mereka menjawab soalan dari rakan-rakan mereka. Tidak ketinggalan, Tutor juga perlu menyediakan soalan dan jawapan bagi soalan yang telah diutarakan. Sewaktu sesi perbincangan akan datang, Tutor perlu galakkan mereka untuk beri jawapan yang telah disediakan itu. Di sini, penglibatan murid secara berterusan akan berlaku dengan jayanya.

Sebagai seorang Guru dan Tutor yang hebat, semestinya akan sensitif kepada tahap penguasaan pelajar. Tutor boleh mengasingkan waktu pembelajaran bagi pelajar yang mempunyai daya penguasaan yang tinggi dan lemah. Hal ini boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah penjadualan waktu dalam sesi perbincangan sama ada menggunakan ZOOM atau Google Classroom. Kedua-dua platform ini boleh membantu pendidik bagi mencapai tahap pengajaran yang baik. Penumpuan pendidik terhadap pelajar yang lemah juga boleh ditingkatkan dngan cara ini.

Cara seterusnya, Tutor boleh menggalakkan pelajar untuk menggunakan papan putih maya yang telah disediakan di dalam aplikasi ZOOM atau Google Classroom tersebut. Tutor boleh berkongsi skrin dan meminta pelajar bekerjasama untuk membina soalan, gamba rajah dan peta minda di skrin yang telah dikongsikan. In shaa Allah dengan cara ini sedikit sebanyak membantu Tutor menilai tahap penguasaan pelajar dan melatih Tutor untuk cara yang lebih baik yang boleh di praktikkan pada masa akan datang.

Akhir sekali, Tutor perlu mengambil langkah berkomunikasi dengan ibu bapa atau penjaga pelajar bagi memaklumkan mereka status atau tahap pencapaian anak-anak mereka. Antara cara yang mudah ialah melalui group Whatsapp, Telegram dan Facebook. Selain itu, Tutor juga boleh adakan perbincangan atau meeting bersama ibu bapa penjaga pelajar dengan menggunakan ZOOM. Lebih ramai lebih meriah dan mungkin lebih menarik kerana ibu bapa pelajar dapat dikumpulkan dalam satu masa yang sama. Tutor boleh menilai feedback ibu bapa terhadap pembelajaran secara online ini dengan lebih baik dan menyeluruh.

Semoga Guru dan Tutor dipermudahkan urusan bagi melahirkan generasi baharu di dalam norma baharu ini.

Terkini, University of Cyberjaya (UOC) telah menaja Bengkel Funtastic SPM yang akan di terajui oleh CMN Academy. Usahasama ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar SPM 2020 bagaimana teknik menjawab soalan serta persediaan menghadapi peperiksaan pada awal Januari 2021 kelak.

Jadi, CMN Academy amat mengalukan jemputan dari pihak sekolah untuk ke langkah yang seterusnya.

Untuk Guru atau sekolah yang berminat boleh klik link:

Bengkel Online SPM PERCUMA

Artikel Berkaitan:

Cara mengajar jarak jauh tanpa menggunakan panggilan video

Formula Multi Digital Learning

  • Share:
author avatar
CMN DigyLearn

Previous post

Cara mengajar jarak jauh tanpa menggunakan panggilan video
May 21, 2020

Next post

Cabaran Pendidik dalam menangani Pandemik Covid-19
May 21, 2020

You may also like

5 teknik menarik minat pelajar
Pelajar Kurang Minat Belajar? Guna 5 Teknik ‘Power’ Ini.
21 October, 2020
BEST-SPM-Fast-Lane-Edition-Add-Maths-Kimia-3-1
SEMINAR BEST SPM ADD MATHS & KIMIA SECARA OFFLINE & ONLINE
23 September, 2020
Belajar Gaya Kreatif Digital Learning di Universiti Pelajaran Maysia (UPM) (2)
Belajar Gaya Kreatif Digital Learning di Universiti Putra Malaysia (UPM)
15 September, 2020

Search

Categories

  • Akademik
  • Blog
  • Business
  • Design / Branding
  • Motivation
  • Online Class
  • Trainer
  • Tutor
  • Uncategorized

Copyright ©2017 CMN Digital Tuition | Energized by EduWeb Solutions