CMN Academy: Pembelajaran secara Funtastic Learning dalam talian meningkat
CMN Academy adalah sebuah organisasi yang bergerak aktif dalam melahirkan Tutor Profesional dan pelajar yang berjaya sejak beberapa tahun yang lalu. Menurut pengasasnya Coach Mohd Noor Mohd Tahir, pembelajaran secara online ini telah di perkenalkan sebelum terjadinya Pandemik Covid-19 ini lagi. Tetapi, kaedah ini belum meluas pada ketika itu. Hanya Tutor yang menjadi rebutan ramai sahaja yang banyak menggunakan kaedah ini kerana kekangan masa dan jarak yang jauh dengan pelajar.
Walaubagaimanapun, CMN Academy ini telah mengambil peluang dan inisiatif yang berganda apabila terjadinya tragedi Pandemik Covid-19 ini. Para Tutor dilatih untuk menyampaikan pembelajaran secara online dengan lebih berkeyakinan, kreatif dan secara funtastik. Hal ini untuk menarik minat pelajar menyertai sesi pembelajaran tersebut dari awal sehingga ke akhir sesi dan paling penting komunikasi antara dua hala amatlah dititikberatkan.
Pada 30 dan 31 Mei, CMN Academy telah mengadakan Seminar Best Online 2020. Hasil daripada seminar ini, Coach Mohd Noor dapat membuat kesimpulan bahawa sambutan yang diberikan oleh pelajar untuk pembelajaran secara online ini amat memberangsangkan jika dibandingkan sebelum adanya PKP. Jumlah peserta yang terlibat dalam Seminar Best Online 2020 seperti dibawah:
- Tahun 4-6 = 100 pelajar
- Tingkatan 1-3 = 120 pelajar
- Tingkatan 4-5 =150 pelajar
Satu permulaan dan kejayaan yang besar dalam keadaan sektor pendidikan pada waktu ini. Menurut beliau lagi, tidak menang tangan stafnya dalam mengendalikan semua peralatan demi memberikan pembelajaran yang terbaik kepada semua peserta yang terlibat. Kaedah pembelajaran secara funtastik juga turut di terapkan dalam aktiviti selama pembelajaran online ini oleh Tutor yang profesional. Tutor juga dikatakan mengalami satu cabaran dan pengalaman yang baru dalam mengekalkan momentum sepanjang sesi seminar berlangsung.
Tidak dinafikan bahawa pembelajaran secara online mempunyai cabaran yang tersendiri seperti internet connection yang secara tiba-tiba lost. Biasanya keadaan ini terjadi apabila cuaca mengalami perubahan seperti hujan. Bukan itu sahaja, ada juga pada waktu mengajar bateri laptop habis, data habis dan banyak lagi. Namun, semua permasalahan ini akan dapat diatasi jika kita melakukan persediaan lebih awal. Pembelajaran secara online atau offline tetap mempunyai cabaran yang tersendiri.
Usaha untuk menuntut ilmu dan cara untuk dapatkannya adalah satu perkara yang perlu di set kan di dalam minda. Jika ada kemahuan, pasti ada jalannya.
CMN Academy telah melihat fenomena pembelajran secara online dan funtastic ini sebagai satu perkara yang luar biasa dan mencatat rekod yang baik berbanding sebelum ini. Coach Mohd Noor juga berharap agar usaha kerajaan ini diteruskan pada masa hadapan dan bantuan kepada pelajar yang memerlukan kaedah ini diberikan pada masa akan datang bagi merealisasikan pembelajaran abad 2020.
Berikutan hasil dari Seminar Best Online 2020, CMN Academy meneruskan lagi pembelajaran secara online demi menyampaikan ilmu kepada pelajar-pelajar yang ingin berjaya pada masa hadapan. Dengan usaha dan kerjasama dari Tutor Profesional, pembelajaran secara online dan fusntastik diteruskan lagi dengan kaedah berbeza. Terdapat pakej-pakej tertentu untuk membantu anak-anak pelajar diluar sana. Pakej ini adalah bertujuan membantu ibu bapa dan pelajar memilih pakej mengikut kemampuan mereka. Setakat ini, ramai yang telah mendaftar di Funtastik CMN Academy untuk pembelajaran secara online. Semoga usaha ini lebih berganda dan pelajar seronok untuk belajar walaupun berada di rumah.
Artikel Berkaitan: