Covid 19 vs CMN Academy
Malaysia telah digemparkan dengan Virus Covid-19 bermula pada Januari 2020. Menurut kronologi yang disediakan dari Berita Harian Malaysia, ia bermula pada 23 Januari 2020 yang mana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima laporan bahawa Tiga (3) kes yang di percayai terjangkiti Coronavirus yang mana Dua (2) di Sabah dan Satu (1) di Selangor. Setelah menjalani ujian, hasilnya adalah negatif Covid 19 (nCov).
Hari demi hari berlalu, kes jangkitan Virus ini semakin meningkat dan menggusarkan seluruh rakyat Malaysia sehinggalah perintah kawalan pergerakan (PKP) dikeluarkan sehingga ke hari ini. Banyak sektor industri dan pendidikan tidak dapat beroperasi seperti biasa ekoran daripada perintah kawalan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. PKP ini dijalankan bertujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid 19 di seluruh Malaysia.
Apakah Covid 19? Menurut Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Covid 19 itau Coronavirus (CoV) adalah famili virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari selsema hingga penyakit teruk seperti MERS-CoV dan SARS-CoV. Antara simptom yang boleh dikenalpasti adalaj demam, pening kepala, batuk, sukar bernafas dan sakit badan. Jika anda mengalami gejala ini, diminta untuk bertindak cepat untuk melakukan saringan bagi mengenalpasti punca gejala.

Sumber Infografik dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.
Dilaporkan pada 11 April 2020, Covid 19 di Malaysia setakat jam 5 Petang yang telah dikeluarkan oleh KKM:

Berikutan dari PKP yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, CMN Academy telah mengambil inisiatif ini untuk menggandakan pembelajaran secara Online.
Apakah CMN Academy? CMN Academy adalah sebuah institusi yang melahirkan ‘Home Tutors’ di seluruh malaysia dan berhubung dengan mereka bagi memastikan mereka terlatih dan memenuhi kehendak ibu bapa dan pendidikan terkini. Pengasas CMN Academy ialah Mohd Noor Mohd Tahir. Beliau mempunyai pengalaman sebagai guru sekolah rendah dan menengah sebelum menjadi Pensyarah di sebuah IPT. Mula berkecimpung sebagai Tutor sejak 2017.
Dianugerahkan sebagai ‘Pensyarah Berkaliber’ di sebuah IPT dan Anugerah Pengajaran ‘Best Subjects’ (4 semester berturut-turut). Sepanjang bergelar pensyarah, beliau juga berpengalaman mengendalikan program motivasi, teknik belajar, ceramah kerjaya di sekolah-sekolah.
Penglibatan beliau bersama team CMN Education Group telah membantu, melatih dan menjalankan ‘coaching’ lebih 2000 orang tutor dan Usahawan Pendidikan di Malaysia secara live dan online dan membantu lebih 70 cawangan tuisyen dan learning centre untuk berkembang.
Seiring dengan abad ke 21 Pendidikan, beliau mengambil inisiatif dalam mencetus kepada Modul Funtastic dalam subjek Sains & Matematik serta STEM (Science Technology Engineering & Maths) serta telah mendapat Silver Award dalam ‘Computational Thinking Games Design’ semasa The 1st National STEM Seminar di Universiti Malaya.
Selain itu, Team CMN Funtastic juga telah merangkul Silver Award dalam Teachers’ Innovation Carnival (T-NOVATE) di UIA dan EDUINNOVATION UKM 2018.
Beliau telah dijemput untuk mengadakan Bengkel Sains & Matematik bersama guru-guru di bawah PPD Rompin & PPD Kuala Selangor serta pelajar sekolah dan mendpaat maklum balas yang positif dari peserta.



Di samping itu, beliau telah dijemput untuk menyumbang idea dan pendapat dalam Jawatan kuasa Kajian Dasar Pendidikan (Bahagian STEM Sekolah) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melaksanakan Pembelajaran STEM di sekolah-sekolah Malaysia.

Berpegang dengan motto “Yakin Sebelum Berjaya”, beliau percaya semua insan dilahirkan mempunyai potensi untuk berjaya, hanya perlukan mindset dan teknik yang betul sahaja untuk berjaya.
Di dalam krisis negara menangani kes Covid 19, beliau telah menggandakan pembelajaran secara online PERCUMA kepada ‘Home Tutor’ dan juga kepada anak bangsa yang memerlukan di luar sana. Pendekatan ini dapat membantu guru dan ibu bapa dalam menyelesaikan masalah pendidikan dan dalam mengejar silibus pembelajaran.
Berita gembira untuk Tutor di seluruh negara, beliau juga dalam perancangan untuk mencetuskan TutorFlix di dalam platform Digylearn. Usaha ini amatlah baik untuk anak bangsa dan melahirkan lebih ramai Tutor di Malaysia. Nantikan kemunculannya?
