• All Courses
  • Home
  • About Us
  • Blog
  • Sign In
  • Contact
CMN DigyLearnCMN DigyLearn
  • All Courses
  • Home
  • About Us
  • Blog
  • Sign In
  • Contact

Tutor

  • Home
  • Blog
  • Tutor
  • Garis panduan KPM kepada setiap pelajar dan guru yang akan memulakan sesi pada 24 Jun 2020

Garis panduan KPM kepada setiap pelajar dan guru yang akan memulakan sesi pada 24 Jun 2020

  • Posted by CMN DigyLearn
  • Categories Tutor
  • Date June 12, 2020

Bersediakah anda untuk memulakan sesi persekolahan semula dalam keadaan krisis virus pada waktu ini? Hanya berbaki 11 hari sahaja lagi untuk sesi persekolahan bermula. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengkaji isu mengenai pembukaan sekolah ini dan dengan nasihat dari Majlis Kesihatan Negara (MKN), sekolah sudah boleh beroperasi namun hanya untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan yang penting sahaja. Hal ini adalah untuk mengelakkan penularan kes virus dan telah didapati bahawa penularan jangkitan virus ini di kalangan pelajar adalah rendah.

Walaubagaimanapun, pihak KPM akan mengumumkan dari masa ke masa yang telah dijanjikan untuk pembukaan kelas-kelas yang lain. Hal ini merupakan satu inisiatif KPM untuk memudahkan ibu bapa melakukan persediaan untuk menghantar kembali anak mereka ke sekolah. Walaupun sesi persekolahan telah dibuka bagi pelajar yang akan menduduki peperikaan, pihak KPM telah meletakkan garis panduan untuk dipatuhi oleh pelajar dan guru-guru semasa sesi persekolahan bermula nanti. Antara garis panduan yang akan dilaksanakan untuk mengelakkan penularan kes Covid 19 ialah:

1. Ibu bapa atau penjaga memastikan anak-anak yang sihat sahaja dihantar ke sekolah.

2. Pemeriksaan suhu badan pelajar akan dilakukan oleh guru-guru dan petugas sekolah.

3. Pelajar mencatatkan suhu badan melebihi 37.5 darjah Celcius atau bergejala TIDAK akan dibenarkan memasuki kawasan sekolah.

4. Pelajar perlu mengikut laluan pergerakan yang ditetapkan menuju ke kelas masing-masing.

5. Murid diminta sentiasa menjaga kebersihan diri dengan amalan mencuci tangan dengan kerap ketika dan sebelum meninggalkan kawasan sekolah.

6. Meja di dalam kelas disusun pada jarak 1 meter, kapasiti maksimum sebuah kelas tidak melebihi 20 orang pelajar.

7. Waktu rehat secara berperingkat akan dikuatkuasakan buat semua pelajar.

8. Makanan dan minuman di kantin akan siap dibungkus dan murid perlu beratur mengikut tanda penjarakan sosial.

9. Murid akan makan di dalam kelas masing-masing dibawah pengawasan guru.

10. Ibu-bapa digalakkan menyediakan makanan untuk anak mereka.

11. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) digalakkan bekerjasama dengan pihak sekolah membuat persiapan sebelum dibuka juga semasa beroperasi.

12. Aktiviti di luar kelas seperti sukan, kokurikulum dan perhimpunan sekolah secara bersemuka TIDAK dibenarkan.

13. Katil di bilik asrama akan disusun pada jarak satu meter.

14. Susunan meja makan di dewan makan akan mengambil kira penjarakan sosial.

15. Pembelajaran dari rumah diteruskan bagi pelajar dan guru-guru boleh gunakan kemudahan di sekolah bagi proses pengajaran dan pembelajaran.

Sumber di rujuk di sini Astro Awani

Semua sekolah yang beroperasi di minta mematuhi garis panduan yang dah ditetapkan bagi mencegah virus tersebar sekali lagi. Garis panduan yang ke 15 turut menyatakan bahawa pembelajaran dari rumah akan diteruskan. Penguasaan pembelajaran atas talian amatlah penting untuk teruskan perjuangan demi anak-anak didik. Pada waktu ini, kita sendiri mesti bertindak sebagai frontliner untuk diri kita, keluarga dan insan tersayang. Apa pun, kita mesti jaga kita dan kita mesti menang.

Artikel Berkaitan:

Sesi persekolahan bagi pelajar SPM, SVM, STPM, STAM akan bermula pada 24 Jun 2020

3 Sebab Para Pendidik Perlu Mahir Teknologi

  • Share:
author avatar
CMN DigyLearn

Previous post

Sesi persekolahan bagi pelajar SPM, SVM, STPM, STAM akan bermula pada 24 Jun 2020
June 12, 2020

Next post

Era digital menuju kejayaan: pembelajaran secara maya keperluan atau alasan?
June 18, 2020

You may also like

5 teknik menarik minat pelajar
Pelajar Kurang Minat Belajar? Guna 5 Teknik ‘Power’ Ini.
21 October, 2020
BEST-SPM-Fast-Lane-Edition-Add-Maths-Kimia-3-1
SEMINAR BEST SPM ADD MATHS & KIMIA SECARA OFFLINE & ONLINE
23 September, 2020
Belajar Gaya Kreatif Digital Learning di Universiti Pelajaran Maysia (UPM) (2)
Belajar Gaya Kreatif Digital Learning di Universiti Putra Malaysia (UPM)
15 September, 2020

Search

Categories

  • Akademik
  • Blog
  • Business
  • Design / Branding
  • Motivation
  • Online Class
  • Trainer
  • Tutor
  • Uncategorized

Copyright ©2017 CMN Digital Tuition | Energized by EduWeb Solutions