• All Courses
  • Home
  • About Us
  • Blog
  • Sign In
  • Contact
CMN DigyLearnCMN DigyLearn
  • All Courses
  • Home
  • About Us
  • Blog
  • Sign In
  • Contact

Motivation

  • Home
  • Blog
  • Motivation
  • Kenapa Pendidikan Pada Masa Kini Menggusarkan?

Kenapa Pendidikan Pada Masa Kini Menggusarkan?

  • Posted by CMN DigyLearn
  • Categories Motivation, Tutor
  • Date September 3, 2020

Bermulanya detik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac yang lalu, boleh dikatakan penyampaian pendidikan agak perlahan. Ini disebabkan oleh perubahan yang secara mendadak dari pembelajaran secara ‘face to face’ kepada sepenuhnya pembelajaran atas talian.

Pendidik, Ibu Bapa dan anak pelajar perlu melalui fasa ini dengan segera dan pantas. Terutamanya anak pelajar yang dikasihi. Kesedaran untuk menuntut ilmu walau dalam apa jua keadaan perlu di sampaikan kepada anak-anak pada waktu ini.

Kluster Sivagangga sudah cukup memberikan gambaran bahawa kita semua tidak boleh berdiam diri sahaja terutmanya pendidik dan ibu bapa. Bila sekolah di tutup (Kes Cluster Sivagangga), adakah sebagai Pendidik atau ibu bapa gembira keriangan? Tak perlu hantar anak ke sekolah, tak perlu pergi sekolah pagi-pagi untuk mengajar?

Saya yakin sekali tentunya anda semua bukan yang macam tu kan? Pasti gusar melihat keadaan perkembangan pendidikan anak-anak. Terberhenti sekejap, sambung semula kemudian terberhenti lagi sekali. Jadi, masihkah ada alasan untuk tidak teruskan pembelajaran secara atas talian?

Pembelajaran atas talian seperti cendawan tumbuh pada ketika ini. Hanya perlu membuat pilihan samada untuk teruskan pembelajaran atau terus ‘turn off’ leka dengan perkara yang tidak bermanfaat seperti games dan tidur sepanjang hari.

Anda seorang ibu atau bapa? Cuba tanya diri anda. Berapa jauh pemerhatian anda mengenai pendidikan anak-anak? Anda rasa mereka perlu di biarkan begitu sahaja? Setiap hari leka dengan telefon pintar yang gah2 tapi main game, layan Drama Sangat, layan cerita korea dan macam-macam lagi. Mereka habiskan masa mereka dengan perkara yang tidak berfaedah (pada pandangan saya sahaja, tiada kaitan dengan orang lain hii).

Bagaimana pula dengan Pendidik? Suka kah anda apabila dapat sambung cuti lagi, senang lenang di rumah? Maafkan saya. Ini hanya apa yang terlintas dalam fikiran saya. Saya amat yakin bahawa anda adalah Pendidik yang berwawasan dan berkaliber. Tentu tahap kerisauan anda amat tinggi dan bermain dalam minda.

Jadi, bagi memecahkan kegusaran ini, tindakan pantas dan berganda perlu dilakukan. Pembelajaran secara online perlu diteruskan dan jadikan ia sebagai perkara paling utama dan wajib pada ketika dan waktu ini. Hal ini kerana, kita tidak pasti kawasan mana lagi yang bakal terjejas pada masa akan datang dek kerana Virus Covid 19.

Sehingga hari ini, kes Covid 19 semakin meningkat terutamanya di Sabah. Begitu juga dengan beberapa kawasan lain di semenanjung. Langkah berjaga-jaga perlu di gandakan. Jadi, langkah yang dimaksudkan bukan sahaja dari segi kesihatan, tetapi pendidikan juga.

Kenapa katakan tidak pada pembelajaran secara online? Pernahkah anda mencubanya terlebih dahulu? Pembelajaran atas talian merupakan salah satu alternatif yang pantas untuk menyampaikan ilmu.

Jika penyampaiannya menarik dan tidak membosankan, tentunya minat untuk belajar meningkat. Malah, lebih bersemangat. Tak percaya? Cuba dahulu. Banyak pembelajaran atas talian secara percuma dijalankan. Pemilihan yang tepat juga penting.

Ada yang berkata… Pembelajaran secara online ni suram la, tak menarik, rasa jauh dan tiada komunikasi. Namun, berbeza pula dengan apa yang berlaku di CMN Academy. Hari demi hari sambutan kian meningkat samada dari Tutor, ibu bapa dan anak pelajar.

Artikel sebelum ini juga banyak menyampaikan perkongsian mengenai cara untuk setup kelas zoom, cara untuk mengajar secara pro dan macam-macam lagi yang boleh digunakan oleh para pendidik.

Gaya Kreatif Pembelajaran SPM Akaun Secara Online di CMN Academy
Gaya Kreatif Pembelajaran Biologi Online Di CMN Academy
Anak Pelajar Yang Mengikuti Kelas Online Bersama CMN Academy
Antara Feedback Positif Yang Di Terima

Jadi, mengapa tidak digunakan kemudahan yang ada? Pendidik terutamanya perlu mengambil inisiatif ini bagi membantu pelajar dalam pendidikan. Ibu bapa perlu sentiasa prihatin dengan perkembangan pendidikan anak-anak. Pantau aktiviti mereka. Pastikan juga dalam satu hari, anak-anak ada masa untuk belajar.

Kasihanilah anak-anak anda.. Impaknya mungkin tidak kelihatan sekarang, namun pada masa akan datang, ia amat terkesan lagi-lagi dalam Era 20-an. Tentunya anda tidak mahu anak-anak anda tercicir dalam pelajaran kan..Jangan seronok dahulu apabila tiada ujian bagi USPR dan lain-lain yang sudah dibatalkan.

Kenapa saya berkata demikian? Kerana, tanpa ujian peperiksaan, kita tidak dapat menilai tahap kefahaman anak-anak dalam pelajaran. Tanpa pendidikan yang secukupnya, kita tidak tahu sejauh mana penguasaan mereka. Jadi, tindakan yang perlu diambil pada ketika ini adalah ibu bapa dan pendidik perlu bersatu dalam menjayakan pembelajaran secara online.

Ibu bapa perlu menyokong pembelajaran secara online pada saat ini. Tugas pendidik pula perlulah mencari cara bagaimana untuk mengajar secara berkesan dengan menggunakan platform secara online. Tinggalkan segala alasan, lakukan perubahan.

-Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu-

Nak sertai kelas yang best macam diatas? Hanya dengan satu klik, satu kelas dan satu ringgit sahaja.

Daftar sekarang sebelum terlepas peluang yang menarik ini di Pelajar Berjaya

Lihat Artikel Berkaitan:

4 Cara Mengajar Jarak Jauh

5 Tips Setup Online Tuition atau Meeting Secara Pro Menggunakan Zoom

  • Share:
author avatar
CMN DigyLearn

Previous post

Teknik Hafal Sifir Mudah
September 3, 2020

Next post

Belajar Gaya Kreatif Digital Learning di Universiti Putra Malaysia (UPM)
September 15, 2020

You may also like

5 teknik menarik minat pelajar
Pelajar Kurang Minat Belajar? Guna 5 Teknik ‘Power’ Ini.
21 October, 2020
BEST-SPM-Fast-Lane-Edition-Add-Maths-Kimia-3-1
SEMINAR BEST SPM ADD MATHS & KIMIA SECARA OFFLINE & ONLINE
23 September, 2020
Belajar Gaya Kreatif Digital Learning di Universiti Pelajaran Maysia (UPM) (2)
Belajar Gaya Kreatif Digital Learning di Universiti Putra Malaysia (UPM)
15 September, 2020

Search

Categories

  • Akademik
  • Blog
  • Business
  • Design / Branding
  • Motivation
  • Online Class
  • Trainer
  • Tutor
  • Uncategorized

Copyright ©2017 CMN Digital Tuition | Energized by EduWeb Solutions