• All Courses
  • Home
  • About Us
  • Blog
  • Sign In
  • Contact
CMN DigyLearnCMN DigyLearn
  • All Courses
  • Home
  • About Us
  • Blog
  • Sign In
  • Contact

Tutor

  • Home
  • Blog
  • Tutor
  • Pelajar Kurang Minat Belajar? Guna 5 Teknik ‘Power’ Ini.

Pelajar Kurang Minat Belajar? Guna 5 Teknik ‘Power’ Ini.

  • Posted by CMN DigyLearn
  • Categories Tutor
  • Date October 21, 2020

Seorang Tutor sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untk memberikan ilmu yang terbaik kepada pelajarnya. Jarang atau tidak sekali pun kita bertemu dengan Tutor yang sekadar melepaskan batuk di tangga. Perjalanan sebagai seorang Tutor bukanlah mudah kerana tanggungjawab yang dibawa perlulah dititikberatkan kerana ia merupakan saham akhirat yang mahal.

Cabaran utama yang kerap dihadapi oleh setiap Tutor adalah cara untuk menarik minat pelajarnya untuk meneruskan pembelajaran. Setiap pelajar mempunyai kerenah dan gaya yang tersendiri. Jadi, perkongsian kali ini adalah khas untuk Tutor yang masih tercari gaya yang boleh bantu tarik minat pelajarnya.

Tutor yang masih baru dalam dunia pendidikan pastinya sedikit tertekan dengan keadaan apabila anak didiknya tidak memberikan tumpuan sewaktu belajar. Jadi, teknik yang diperkenalkan pastinya memberi impak kepada Tutor dan seterusnya kepada pelajar. 5 Teknik yang boleh menarik minat pelajar untuk belajar ialah:

5 Teknik ‘Power’ Untuk Tarik Minat Pelajar
  • Kenali Gaya Pembelajaran Pelajar

Setiap pelajar mempunyai gaya belajar yang tersendiri. Terdapat tiga kategori gaya utama pembelajaran iaitu Audio, Visual dan Kinestatik.

Tutor perlu mengenalpasti kategori gaya pembelajaran setiap pelajarnya untuk memudahkan proses pembelajaran. Jika diamati, pembelajaran abad ke 21 boleh mernagkumi ketiga-tiga gaya pembelajaran ini.

Contohnya penggunaan bahan digital seperti video pembelajaran. Di dalam video pembelajaran kebiasaannya telah merangkumi ketiga-tiga gaya pembelajaran untuk pelajar di dalam kategori Audio, Visual dan Kinestetik.

Pelajar Di Minta Berdiri Di Dalam Kumpulan Untuk Selesaikan Tugasan
  • Mempelbagaikan Kaedah Pembelajaran

Kebiasaannya, murid yang lemah cepat bosan dengan apa yang dipelajarinya. Mereka mudah untuk hilang tumpuan. Jadi, Tutor perlu bertindak pantas dengan mempelbagaikan gaya pengajaran untuk mengelakkan pelajar cepat bosan.

Adakan aktiviti yang menarik seperti meminta beberapa pelajar kedepan dan menunjukkan sekeping kad berwarna kepada beberapa rakan yang lain untuk mereka meneka abjad (besar dan kecil) yang telah ditunjukkan.

Penggunaan bahan pengajaran yang kreatif boleh membantu mereka menumpukan perhatian yang sepenuhnya. Harus di ingat, setiap aktiviti yang dijalankan tidaklah perlu mengambil masa yang lama. Hal ini untuk mengelakkan pelajar menjadi bosan.

Guna Bahan Yang ada Di Sekeliling Pelajar
Gunakan Bahan Seperti Dadu Untuk Teruskan Aktiviti Pembelajaran

Hadkan setiap aktiviti dan bertukar kepada aktiviti yang seterusnya untuk mengelakkan pelajar hilang tumpuan dan kemudian mereka telah diperkenalkan dengan benda yang baharu.

  • Penyediaan Ganjaran Yang Menarik Untuk Pelajar

Pembelajaran yang disertai dengan penyediaan ganjaran lebih membantu untuk menarik minat pelajar. Terdapat dua jenis ganjaran yang menjadi kebiasaan iaitu ganjaran yang berbentuk peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Ganjaran peneguhan positif seperti pujian atau memberikan hadiah seperti sticker, pemadam, pembaris dan pensel. Hal ini dilakukan bagi merangsang, menaikkan minat dan semangat mereka untuk terus belajar.

Sticker Emoji Sebagai Ganjaran. Foto Ihsan Google.

Peneguhan negatif pula seperti memberikan hukuman atau denda. Contoh denda berdiri sambil menyiapkan tugasan (homework) yang telah diberikan oleh Tutor, berdiri diluar kelas sambil memegang sepanduk, jalan itik dan banyak lagi. Namun pastikan denda itu adalah yang munasabah.

Contoh Denda Negatif. Gambar Ihsan Google

Walaubagaimanapun, peneguhan positif lebih sesuai digunakan dan digalakkan untuk murid-murid yang lemah. Hal ini dapat membantu dan menarik minat mereka untuk teruskan belajar. Panggil nama pelajar ini sekerapnya. Itu menunjukkan Tutor ambil berat perihalnya.

  • Mengulangi Berkali-kali Apa Yang Telah Diajar

Ulangi isi pelajaran dengan kaedah yang berbeza. Tutor perlu mengulangi isi pembelajaran dengan kaedah yang berbeza bagi membantu murid yang lemah.

Pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi memberikan pemahaman kepada pelajar seperti menggunakan peta minda, kad berwarna, media tersendiri dan macam-macam lagi mengikut kreativiti tersendiri.

Cikgu Zaiju Menunjukkan Perkataan Dan Meminta Pelajar Menyebutnya
Cikgu Zaiju Menunjukkan Prototaip Mentol Kepada Pelajarnya
Teacher Menunjukkan Bunga Yang Berwarna Warni Kepada Pelajarnya

Tips ini juga telah disebut dalam perenggan sebelumnya, sentiasa memanggil nama pelajar yang lemah sewaktu sesi pembelajaran. Ini akan membantu mereka sentiasa fokus kepada anda dan juga sesi pembelajaran.    

  • Bersikap Tegas Tetapi Bukan Garang
Cikgu Muna Menunjukkan Rotan Kepada Anak Didiknya Sambil Tersenyum

Setiap Tutor perlu mempunyai sifat yang tegas tetapi bukanlah garang. Dengan ketegasan seorang Tutor, pelajar dapat kenali antara yang betul dan salah. Elakkan dari bersifat garang.

Sifat ini akan menyebabkan pelajar takut dan tidak ingin belajar. Kebiasaanya, murid yang lemah mempunyai masalah disiplin. Ketegasan dapat membantu mereka memahami apa yang dipelajari dan sekaligus membantu mereka mematuhi peraturan ketika belajar.

Dorongan dan motivasi yang berterusan dari seorang Tutor amat diperlukan untuk untuk melahirkan insan yang mempunyai nilai murni dan berdaya saing pada masa akan datang seiring dengan perkembangan pendidikan dunia.

Dapatkan Tips Yang Lebih Banyak Di Facebook Tutor Profesional Malaysia dan Subscribed You Tube CMN Academy .

“Berguru demi ilmu, bina generasi baharu”

Idea asal: Penulis Pendidik2u – Noraini Ismail

Artikel Berkaitan:

Bagaimana Servis Tuisyen Anda Boleh Memikat Hati Ibu Bapa?

TutorFlix- Formula berterusan untuk menjadi legend dan bina legasi seorang Tutor

  • Share:
author avatar
CMN DigyLearn

Previous post

SEMINAR BEST SPM ADD MATHS & KIMIA SECARA OFFLINE & ONLINE
October 21, 2020

Next post

Tips Membina Kerjaya dan Diri
March 24, 2021

You may also like

BEST-SPM-Fast-Lane-Edition-Add-Maths-Kimia-3-1
SEMINAR BEST SPM ADD MATHS & KIMIA SECARA OFFLINE & ONLINE
23 September, 2020
Belajar Gaya Kreatif Digital Learning di Universiti Pelajaran Maysia (UPM) (2)
Belajar Gaya Kreatif Digital Learning di Universiti Putra Malaysia (UPM)
15 September, 2020
Sekolah Di Tutup, Gandakan Pembelajaran Secara Online
Kenapa Pendidikan Pada Masa Kini Menggusarkan?
3 September, 2020

Search

Categories

  • Akademik
  • Blog
  • Business
  • Design / Branding
  • Motivation
  • Online Class
  • Trainer
  • Tutor
  • Uncategorized

Copyright ©2017 CMN Digital Tuition | Energized by EduWeb Solutions