• All Courses
  • Home
  • About Us
  • Blog
  • Sign In
  • Contact
CMN DigyLearnCMN DigyLearn
  • All Courses
  • Home
  • About Us
  • Blog
  • Sign In
  • Contact

Tutor

  • Home
  • Blog
  • Tutor
  • Khas untuk Tutor: Cara Tingkatkan keyakinan mengajar secara Online

Khas untuk Tutor: Cara Tingkatkan keyakinan mengajar secara Online

  • Posted by CMN DigyLearn
  • Categories Tutor
  • Date May 17, 2020

Setiap hari di Malaysia, pelajar mula ketinggalan dalam pendidikan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Benarkah? Jawapannya sama sekali tidak. Hasil usaha Kerajaan Kementerian Pendidikan, pelajar tidak lagi ketinggalan dalam pelajaran mereka. Hal ini kerana, usaha pembelajaran secara online telah dilaksanakan dengan pantas dan inisiatif dari Tutor dan Guru amatlah memberangsangkan.

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dilaksanakan, industri pendidikan masih tidak boleh beroperasi seperti biasa kerana khuatir pelajar akan dijangkiti Corona Virus. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa setiap hari, semakin ramai pendidik yang diminta untuk mengajar dari rumah. Namun, masih ada Tutor yang kurang keyakinan atau belum yakin untuk mengajar secara online.

Tips pertama yang boleh dilakukan oleh Tutor ialah, biasakan diri dengan peralatan elektronik terutamanya smartphone. Pengunaan sosial media seperti Facebook, You Tube dan Instagram semestinya sedikit sebanyak dapat membantu Tutor untuk meningkatkan keyakinan untuk langkah seterusnya. Untuk permulaan, penggunaan 3 medium ini amat digalakkan.

Namun, adakah anda merasakan bahawa ianya cukup menarik minat pelajar anda? bolehkah mereka berkomunikasi dengan baik? Jika ya, teruskan. Tutor yang baik adalah seorang Tutor yang akan mencari cara untuk memberikan ilmu dengan cara yang paling terbaik dan mudah untuk diterima oleh pelajarnya (seronok belajar). Langkah lebih jauh perlu diambil untuk menampakkan bahawa anda adalah Tutor yang profesional.

Tips yang kedua, lakukan penyelidikan bagaimana Tutor-Tutor yang telah melangkah jauh dengan cara pembelajaran secara online. Bagaimana mereka berjaya menarik minat pelajar dan ibu bapa dalam meyakinkan mereka bahawa pembelajaran secara online ini amat berkesan untuk pelajar. Selidik juga medium dan tools yang digunakan oleh Tutor ini. Hal ini penting untuk anda lebih menonjolkan diri dan menjadikan orang yang telah berjaya sebagai icon utama anda.

Harus di terapkan di dalam minda anda bahawa mengajar dari rumah memerlukan cara dan pendekatan yang berbeza. Jadi, tips yang ketiga ialah fikirkan cara untuk mengajar jarak jauh menggunakan medium dan tools yang telah dikenalpasti. Jika anda merasakan kurang keyakinan, cuba berinteraksi dengan rakan-rakan Tutor sekeliling anda dahulu. Sedikit sebanyak cara ini akan meningkatkan tahap keyakinan anda.

Tips keempat, lupakan kerisauan dan rasa ketidakyakinan anda terhadap pengajaran secara online. Mulakannya dengan seorang pelajar anda terlebih dahulu. Apabila anda sudah merasakan serasi, buka langkah seterusnya untudak menambahkan bilangan pelajar dalam satu sesi pembelajaran secara online ini. Sifat percaya pada diri sendiri ini akan mendorong anda untuk melangkah lebih jauh dan seterusnya akan menambahbaik lagi cara anda mengendalikan pembelajaran online tersebut.

Percaya dan yakinlah bahawa anda boleh melakukannya.

#YakinSebelumBerjaya #TutorPKP #TutorPKPOnlineBerjaya

Anda perlukan bantuan untuk jadi Online Tutor yang berjaya? 

Jom jadi Online Tutor yang Funtastic dan lain dari biasa!


Antara kelebihan mengajar secara online :
1) Boleh dijalankan dari mana sahaja
2) Tak perlu peralatan yang advance & rumit
3) Jimat & mudah

Apa yang Best sangat ni? Join jadi Online Tutor
1) Step by Step setup tuisyen secara online
2) Teknik pengajaran menarik untuk online tuition dan ada Modul sendiri
3) Jadi Tutor abad ke-21 dan jadi ‘Outstanding’ berbanding Tutor lain
4) Bersama networking dan circle yang sentiasa ‘support’ antara satu sama lain

Jemput tonton:

Sharing 3 Formula Online Tutor Berjaya di Era PKP

Boleh tonton di https://www.facebook.com/tutorprofesionalmalaysia/videos/521481481811454/

Apa kata mereka??

Nak join??

TERHAD untuk 30 orang sahaja yang ada ‘passion’ dan nak ‘upgrade’ level tutoring sekarang.

Yang komited sahaja boleh Whatsapp ‘Nama_OnlineTutorFuntastic’ ke 0194626840

Artikel Berkaitan:

5 Tips Setup Online Tuition atau Meeting Secara Pro Menggunakan Zoom

Tutor berjaya di musim PKP

  • Share:
author avatar
CMN DigyLearn

Previous post

Pelajar Tidak Minat Subjek Sains? Gunakan 4 Teknik Yang Memikat Hati Ini.
May 17, 2020

Next post

4 Cara Mengajar Jarak Jauh
May 18, 2020

You may also like

5 teknik menarik minat pelajar
Pelajar Kurang Minat Belajar? Guna 5 Teknik ‘Power’ Ini.
21 October, 2020
BEST-SPM-Fast-Lane-Edition-Add-Maths-Kimia-3-1
SEMINAR BEST SPM ADD MATHS & KIMIA SECARA OFFLINE & ONLINE
23 September, 2020
Belajar Gaya Kreatif Digital Learning di Universiti Pelajaran Maysia (UPM) (2)
Belajar Gaya Kreatif Digital Learning di Universiti Putra Malaysia (UPM)
15 September, 2020

Search

Categories

  • Akademik
  • Blog
  • Business
  • Design / Branding
  • Motivation
  • Online Class
  • Trainer
  • Tutor
  • Uncategorized

Copyright ©2017 CMN Digital Tuition | Energized by EduWeb Solutions