Pembelajaran Bebas: Funtastic Online Tuisyen
Seluruh rakyat Malaysia telah sedia maklum mengenai pembelajaran secara online setelah PKP dilaksanakan. Sehingga hari ini, sambutan yang diberikan oleh rata-rata pelajar amatlah baik. Hal ini menunjukkan bahawa walaupun dalam keadaan dilanda Pandemik Covid-19, rakyat Malaysia masih lagi menitikberatkan pendidikan anak-anak. Usaha ini perlu diteruskan bagi melahirkan anak bangsa yang berjaya di dalam akademik dan dapat memenuhi pasaran yang akan.
Menrut Berita Harian Metro, terdapat salah seorang Tutor yang menjalankan pembelajaran secara online secara berseragam sekolah. Hal ini untuk mengubat rindu anak didik yang teringat akan suasana persekolahan dan sekaligus memperingati Hari Guru. Inisiatif yang diambil amat memberangsangkan dan mendapat sambutan ramai pelajar di luar sana. Tutor itu juga berkata, pada masa akan datang, pembelajaran secara kreatif dan tema tersendiri akan diketengahkan dengan lebih lagi. Untuk artikel penuh, KLIK di sini.
Proses pembelajaran online juga tidak boleh diambil mudah oleh Tutor dan guru diluar sana. Kemahiran dan kreativiti untuk mengendalikan suasana pembelajaran tersebut perlu di titikberatkan. Hal ini bagi membantu pelajar untuk tidak bosan sepanjang sesi pembelajaran yang berlangsung. Tutor perlu create moment yang boleh menarik minat pelajar untuk terus berada atas talian dan faham apa isi kandungan pembelaaran yang disampaikan.
Beberapa hari yang lalu, CMN Academy telah mengadakan Seminar Best Online 2020. Peringkat menengah dan rendah telah terlibat untuk seminar ini. Sambutan yang diberikan amat memberangsangkan dan justeru lebih menaikkan semangat Tutor untuk lebih memberikan ilmu dengan kaedah dan cara yang terbaik. Feedback yang diberikan sepanjang seminar tersebut amatlah baik dan mengujakan.
Rentetan daripada seminar yang telah dijalankan, CMN Academy telah membina Funtastic Online Tuisyen bagi membantu anak-anak yang ingin berjaya diluar sana. Ramai pelajar yang berpendapat bahawa seminar itu dapat membantu mereka memahami topik pembelajaran dengan lebih baik dan mudah. Sememangnya pembelajaran yang mudah dan senang di aplikasikan dalam aktiviti seharian lebih memberikan kesan dan impak kepada pelajar untuk lebih faham pembelajaran itu.
Budaya pembelajaran secara Online diteruskan oleh CMN Academy dengan memperkenalkan Funtastic Online Tusiyen. Tuisyen ini dapat membantu para ibu bapa yang tidak mempunyai peluang atau masa untuk mengajar anak mereka. Anak-anak juga boleh belajar dengan Tutor yang berpengalaman dan sememangnya dari Tutor Profesional yang mempunyai pengalaman yang lama dalam bidang Tutoring. Bukan itu sahaja, banyak lagi kelebihan apabila anak-anak sertai pembelajaran online dengan Tutor yang profeisonal ini. Info lebih lanjut layari Funtastic Online Tuiyen dan rasai kelainan pembelajaran yang dilaksanakan.
Artikel Berkaitan:
Feedback pelajar seminar BEST Online 2020
Khas untuk Tutor: Cara Tingkatkan keyakinan mengajar secara Online