Era digital menuju kejayaan: pembelajaran secara maya keperluan atau alasan?
Seluruh rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan Virus Covid-19. Hampir 3 bulan Perintah kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk di patuhi oleh seluruh rakyat Malaysia. Ianya merupakan satu fenomena yang tidak pernah berlaku dan sesungguhnya meninggalkan kesan yang sangat hebat terutamanya kepada sektor ekonomi negara. Begitu juga dengan sektor-sektor pendidikan yang bergerak secara personal. Banyak pusat-pusat tuisyen yang telah tutup kerana tidak dapat menanggung kerugian yang besar berikutan tiada pelajar.
Namun, perkara ini bukanlah satu permintaan dari kita semua. Maha pencipta segala yang dilangit dan dibumi. Semoga rantaian virus ini akan terputus pada satu hari nanti dengan izinNya. Walaupun dalam keadaan serba kekurangan, namun masih ada cara untuk meneruskan pembelajaran iaitu secara maya. Ini adalah satu inisiatif yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Usaha ini adalah satu tindakan yang amat baik demi meneruskan pembelajaran untuk anak-anak bangsa.
Walaubagaimnapun, tidak dinafikan sesetengah kawasan yang tidak mempunyai capaian internet dengan baik. Hal ini sedikit sebanyak membantutkan pelajar untuk belajar secara atas talian. Justeru, pihak sekolah dan guru perlu menyediakan inisiatif lain bagi memudahkan anak pelajar yang tidak bernasib baik ini. Antara perkara yang boleh dilakukan ialah menghantar tugasan dan bahan pembelajaran ke rumah-rumah anak didik secara berkala. Hal ini cukup membantu mereka yang memerlukan.
Persekolahan juga telah dibuka bermula 24 Jun, guru-guru boleh ambil inisiatif dengan mengasingkan murid-murid yang sememangnya tidak ketinggalan dengan pembelajaran musim PKP dan yang ketinggalan kerana isu-isu seperti capaian internet. Pengasingan kelas ini dapat membantu mereka untuk merasa yakin dalam kelas dan tidak merasakan terpencil. Hal ini dapat memupuk anak didik untuk belajar merasa yakin diri di dalam kelas dan melatih mereka untuk kerap bertanya.
3 bulan adalah satu tempoh masa yang bukan sekejap. Sehingga ke hari ini, pembelajaran secara maya masih dan akan tetap diteruskan. Jika diamati, ia sudah menjadi satu keperluan untuk anak-anak bangsa. Ia bukan lagi satu perkara asing bagi pelajar dan tutor. Hari berganti hari, pembelajaran secara maya akan menjadi satu norma yang bukan lagi asing dalam aktiviti seharian namun ianya lebih menampakkan kesan yang positif. Tutor dan pelajar semestinya akan lebih profesional dalam mengendalikan aktiviti pembelajaran secara online ini jika ia berterusan.
Bukan itu sahaja, pelajar juga dilatih untuk mencari bahan pembelajaran secara sendiri. Usaha perlu dilakukan untuk menimba ilmu dan bukan menunggu sahaja penyampaian dari guru. Begitu juga dengna ibu bapa yang mengendalikan anak-anak. Mereka perlu aturkan jadual waktu pembelajaran anak-anak dan seterusnya turut serta mengajar anak-anak. Banyak cara yang boleh dilakukan untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak. Hanya carian di hujung jari tentang apa subjek yang ingin dipelajari jika ibu bapa tidak dapat menyampaikan pengajaran dengan baik. Bukan ibu bapa sahaja, guru-guru juga boleh menjadikan bahan rujukan untuk pengajaran pada masa akan datang.
Sepanjang PKP dilaksanakan, banyak badan-badan swasta yang memberikan penyampaian pembelajaran secara percuma di atas talian seperti slot siaran televisyen percuma untuk pembelajaran, penyampaian bahan pembelajaran dalam bentuk video dan infografik serta pembelajaran secara funtastik juga ada diberikan oleh CMN Academy di Pelajar Berjaya . Jadi, masihkah anda mempunyai alasan untuk belajar secara online? Jika diamati, banyak platform dan penyampaian secara percuma telah diberikan sepanjang PKP dilaksanakan. Usaha yang selebihnya terletak pada diri anda. Kejayaan bukan datang bergolek sahaja. Tiada usaha, maka tiadalah kejayaan.
Ramai yang berpendapat bahawa pembelajaran secara online ini adalah satu perkara yang perlu diteruskan untuk masa hadapan. Gaya pembelajaran ini bukanlah sesuatu yang baharu. Sewaktu kita digemparkan dengan kes jerebu pada satu ketika dahulu, ada juga sekolah-sekolah yang telah melaksanakan pembelajaran secara online. Ini adalah satu tindakan yang baik dan menjaga perihal pendidikan anak didik. Tahniah diucapkan kepada sekolah yang telah melaksanakan pembelajaran secara online ini sebelum kedatangan Virus Covid 19 ini lagi.
Ikuti Segmen Podcast Realiti Rakyat yang menjemput pengasas Cempaka Schools Malaysia, Datuk Freida Mohd Pilus, untuk bercakap mengenai penerimaan pelajar terhadap pembelajaran secara maya dan normal baharu sepanjang tempoh PKP dan pasca PKP di sini Astro Awani Malaysia.
Artikel Berkaitan: