PKP: CMN Academy lahirkan Tutor kreatif
Sepanjang PKP dilaksanakan, sektor pendidikan tidak boleh lagi berjalan seperti biasa. Tiada lagi aktiviti di dalam kelas mahupun disekolah. Justeru itu, Perdana Menteri berkata bahawa kerajaan akan mempercepatkan proses pendigitalan masyarakat sebagai adaptasi kepada normal baharu.
Pembelajaran secara maya telah diteruskan bagi membantu pelajar dari ketinggalan dalam pendidikan. Banyak inisiatif yang dilakukan oleh Tutor diluar sana bagi memberikan yang terbaik untuk anak didik mereka. Bermula dari perkongsian biasa, kepada perkongsian pembelajaran secara live. Daripada video biasa, kepada video digital HD dan lebih unik.
Begitulah pasca yang dihadapi oleh Tutor pada saat ini. Ikuti perkongsian perjalanan pengajaran dari seorang guru Kimia ini yang hanya bermula dengan ‘green screen’ kemudian beralih kepada alat elektronik yang lebih canggih demi memberikan pengajaran terbaik kepada anak didiknya. Klik di sini untuk artikel penuh http://www.astroawani.com/berita-malaysia/normal-baharu-pkp-jadikan-guru-lebih-kreatif-dalam-penggunaan-pdpc-239446
Tidak ketinggalan, di CMN Academy, perubahan yang drastik ini juga turut memberikan impak kepada Tutor untuk gandakan usaha bagi menarik minat pelajarnya dalam pembelajaran secara online. Tidak dinafikan bahawa ada Tutor yang sudah bermula dengan pembelajaran secara online sebelum PKP dilaksanakan, namun PKP ini telah menjadikan Tutor menggandakan lagi pembelajaran secara online dengan lebih interaktif, kreatif dan konsisten.
Di CMN Academy juga, terdapat group Telegram yang ditubuhkan untuk memberikan pembelajaran secara online PERCUMA kepada pelajar diluar sana. Usaha yang berterusan telah dilakukan oleh Tutor di CMN Academy untuk memastikan pelajar mendapat ilmu yang berterusan.
Konsep memberikan ‘value’ telah diambil untuk meneruskan perjuangan bagi pembelajaran secara percuma kepada pelajar yang memerlukan. Pelajar boleh ‘join group ini pada bila-bila masa sahaja. Tindakan yang sama diambil seperti kisah guru Kimia tadi, bermula dengan alat teknologi yang biasa dan kemudian beralih kepada alat yang lebih canggih untuk memberikan gambaran dan suasana yang jelas seperti pengajaran di dalam kelas sambil berhadapan dengan guru.
Gambaran HD memainkan peranan penting untuk memberikan impak dan keselesaan pelajar untuk belajar secara maya. Persediaan awal perlu dilakukan oleh Tutor untuk aktiviti pengajaran secara online. Penyediaan bahan pengajaran, cara mengolah bahan dan cara ‘setup’ alat-alat elektronik yang telah disediakan juga perlu dititikberatkan.
Ini untuk memastikan komunikasi antara (dua hala atau lebih) menampakkan positif, keberkesanan dan memberi impak kepada pembelajaran dan minat pelajar itu sendiri. Teknik dan strategi penyampaian perlu di ambil kira sepanjang pembelajaran secara online berlangsung.
Ramai Tutor dan ibu bapa yang meluahkan pendapat bahawa pembelajaran secara online ini amatlah menarik. Disebabkan hal ini, Tutor lebih bersemangat dalam menyediakan alatan elektronik dan bahan pengajaran untuk pelajarnya.
Ibu bapa juga bersemangat kerana ada yang berpendapat pembelajaran begini melatih mereka sekeluarga lebih berdisiplin terutama ketika menunggu giliran untuk menggunakan alatan elektronik. Ada juga ibu bapa yang berpendapat bahawa mereka lebih prihatin terhadap pembelajaran anak-anak kerana proses pembelajaran berlangsung dirumah dan ibu bapa pantau penggunaan alatan elektronik.
Justeru, terdapat segelintir ibu bapa dan Tutor mengutarakan pendapat bahawa pembelajaran secara online ini perlu diteruskan pada masa akan datang kerana ianya memberikan kesan yang positif seiring dengan apa yang telah di usulkan oleh Kementerian Pendidikan untuk pembelajaran abad ke 21.
Usaha kerajaan sebelum ini memberikan ‘tablet’ atau ‘mini laptop’ kepada pelajar yang memerlukan perlu di teruskan supaya ianya tidaklah terberhenti begitu sahaja.
Artikel Berkaitan:
PERCUMA Pembelajaran Online Untuk Anak-Anak Sewaktu PKP Dilanjutkan