• All Courses
  • Home
  • About Us
  • Blog
  • Sign In
  • Contact
CMN DigyLearnCMN DigyLearn
  • All Courses
  • Home
  • About Us
  • Blog
  • Sign In
  • Contact

Akademik

  • Home
  • Blog
  • Akademik
  • PKPB: Inisiatif Pembelajaran Online Diteruskan

PKPB: Inisiatif Pembelajaran Online Diteruskan

  • Posted by CMN DigyLearn
  • Categories Akademik, Tutor
  • Date April 11, 2020

Pada 10 April 2020, Perdana Menteri Malaysia telah mengadakan satu pengumuman bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan bagi tempoh dua minggu sehingga 28 April 2020.

Pelanjutan ini dilaksanakan selaras dengan pandangan WHO supaya ianya tidak ditarik terlalu awal.

Berikutan pengumuman ini, ramai yang meluahkan rasa kebimbangan termasuklah guru-guru dan ibu bapa dalam memikirkan pembelajaran anak-anak.

Guru-guru pula ada yang meluahkan kerisauan dalam mengejar silibus pengajaran disamping menjadi suri rumah dan juga guru buat anak-anak di rumah.

Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mencadangkan beberapa langkah yang boleh diberi perhatian oleh kerajaan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan selepas 14 April ini.

Mahdzir Khalid

Beliau berkata, bagi meneruskan sukatan pelajaran yang sedia ada, penggunaan platform yang interaktif mampu merangsang minat guru serta pelajar dan ia juga boleh menghalang pelajar dari merasa bosan dan tepu setelah sekian lama terperap di dalam rumah.

Antara platform yang boleh digunakan ialah Google Form, Zoom, Facebook dan banyak lagi platform yang boleh digunakan untuk berhubung bersama dengan anak didik. Pendekatan secara profesional dan kreatif memainkan peranan dalam menjadikan sesi Pembelajaran secara Online lebig menarik.

Antara kelebihan yang boleh digunakan oleh Tutor selama perintah kawalan pergerakan (PKP) ialah 1GB Internet PERCUMA yang telah diumumkan oleh kerajaan yang bermula pada 1 April 2020 dari (8.00 pagi hingga 6 petang) pada setiap hari.

Selepas arahan PKP, arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pula diteruskan sehingga ke hari ini. Urusan untuk merentas daerah sudah dibenarkan. Namun, urusan untuk rentas negeri masih tidak dibenarkan oleh pihak kerajaan. Kerjasama dari rakyat amatlah dititikberatkan pada waktu ini kerana kes Covid sudah mencatatkan penurunan yang baik sehinggalah semalam dilaporkan hanya 10 kes sahaja. Semoga rantaian Covid-19 ini akan terputus.

Di CMN Academy, ramai Tutor Profesional menggunakan peluang ini untuk meneruskan pembelajaran secara online dengan anak didik mereka. Pembelajaran secara online yang interaktif dan mempunyai kelebihan tersendiri dapat menjadikan anak-anak didik tidak jemu untuk belajar didalam talian. Contohnya pembelajaran Sains secara online seperti dibawah.

Gambar infografik diatas sudah boleh menarik minat anak-anak untuk turut serta belajar secara online bersama Tutor mereka.

Jadi, marilah kita sama-sama meneruskan perjuangan untuk Pembelajaran Secara Online yang lebih Interaktif, Kreatif dan Inovatif demi melahirkan anak-anak yang Cemerlang walaupun mereka tidak berkesempatan untuk menghadiri kelas seperti hari biasa. Kita mampu mengubahnya!

#pkp #stayathome #online class

Online kelas yang bagaimana? Tentunya pelajar dan ibu bapa menginginkan kelainan dan keunikan sendiri. CMN Academy bakal mengadakan Seminar Best Online 2020 dengan usahasama dari Tutor Profesional untuk mengadakan kelas secara online untuk pelajar dari peringkat menengah dan rendah. Apa kelebihan seminar ini? Jom saksikan teaser di bawah.

Teaser Seminar Best Online 2020

Info lebih lanjut dan cara pendaftaran, klik Seminar Best Online 2020

Artikel Berkaitan:

Seminar Best Online 2020: Belajar Walau Terperangkap Di Rumah

Cara untuk menggalakkan penglibatan pelajar secara berterusan ketika belajar secara online

  • Share:
author avatar
CMN DigyLearn

Previous post

PERCUMA Pembelajaran Online Untuk Anak-Anak Sewaktu PKP Dilanjutkan
April 11, 2020

Next post

Covid 19 vs CMN Academy
April 12, 2020

You may also like

best
IMPACTFUL LEARNING EDITION TAHUN 4,5 DAN 6
24 March, 2021
5 teknik menarik minat pelajar
Pelajar Kurang Minat Belajar? Guna 5 Teknik ‘Power’ Ini.
21 October, 2020
BEST-SPM-Fast-Lane-Edition-Add-Maths-Kimia-3-1
SEMINAR BEST SPM ADD MATHS & KIMIA SECARA OFFLINE & ONLINE
23 September, 2020

Search

Categories

  • Akademik
  • Blog
  • Business
  • Design / Branding
  • Motivation
  • Online Class
  • Trainer
  • Tutor
  • Uncategorized

Copyright ©2017 CMN Digital Tuition | Energized by EduWeb Solutions