PKP mendekatkan Pembelajaran Abad ke-21
Seiring dengan perkembangan globalisasi, Malaysia adalah antara negara yang sejajar dengan perkembangan tersebut. Atas faktor itu, Malaysia perlulah memberikan perubahan dan kesan kepada pendidikan agar ianya boleh memberikan manfaat pada mata dunia. Sehubungan itu, KPM telah melaksanakan pembelajaran abad ke-21 (PAK 21) bermula tahun 2014.
PAK21 merupakan isu yang hanhat diperkatakan untuk mencapai pendidikan yang seiring dengan perkembangan global. Menurut sumber dari Pendidik2u.com, PAK21 dikatakan sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid.
Antara pembelajaran abad ke 21 ialah pembelajaran secara online. Guru dan tutor menggunakan platform online atau secafa digital untuk menarik minat pelajar dalam kaedah mencapai PAK21. Elemen yang kreatif, inovatif, berfikir aras tinggi dan banyak lagi kaedah lain dapat di capai dalam menggunakan kaedah digital.
Berdasarkan sidang media pada tengahari ini, Menteri Kanan Pendidikan Malaysia (Dr. Mohd Radzi Md Jidin) berkata:
• Sesi persekolahan akan ditangguh sehingga keadaan kembali pulih.
• Aspek kesihatan dan keselamatan murid sangat penting
• KPM akan mengumumkan tarikh pembukaan sekolah sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum sekolah dibuka.
• Tarikh peperiksaan SPM/SVM/STPM/STAM berlangsung pada tahun 2021.
• UPSR dan PT3 dibatalkan. Kaedah baharu akan diperkenal untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh dan teknik.
Sumber ihsan hasil sidang media.
Apa yang dapat disimpulkan daripada sidang media itu, walaupun peperiksaan dibatalkan, pendidikan untuk anak-anak mestilah diteruskan. Justeru, pembelajaran secara online perlu digandakan. disamping mencapai pelaksanaan pembelajaran abad ke-21.
Menurut artikel yang ditulis oleh Thivyamalini Ramalu, seorang guru yang mengajar program pendidikan khas dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Damai, Ipoh iaitu M. Mageswary telah melaksanakan pengajarannya dalam talian dan mengaplikasikan kemudahan teknologi iaitu pembelajaran abad ke-21.
Menurut guru tersebut,
“IT memang sesuai untuk pendidikan khas terutamanya pelajar bermasalah pendengaran. Saya menggunakan aplikasi WhatsApp sebagai medium, dan pelajar saya sangat pandai menggunakan panggilan video WhatsApp.
Klik di sini untuk artikel penuh.
Usaha untuk menjadikan setiap sesi pembelajaran menarik dan mudah difahami telah dilakukan oleh ramai guru dan tutor bagi mencapai pembelajaran abad ke-21. Ramai guru dan tutor berpendapat bahawa anak didik mereka lebih faham dan terkesan dengan pembelajaran secara online.
Berikutan Peperiksaan SPM/SVM/STPM/STAM akan diadakan pada Tahun 2021, usaha guru dan tutor umtuk memastikan anak didik mendapat pendidikan yang baik perlu diteruskan. Walaupun peperiksaan lain dibatalkan,namun harus diingat bahawa pendidikan amat penting untuk masa depan anak-anak.
Tutor dan guru perlu mengambil inisiatif yang lebih sepanjang PKP. Pembelajaran secara interaktif, inovatif dan kreatif perlulah dititikberatkan.