Realisasikan Pendidikan STEM Abad Ke-21
Pendidikan STEM (Science, Engineering, Technology, Maths) sebagai Agenda Penting Pendidikan Negara 2016-2020
STEM DALAM KONTEKS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN STEM ialah akronim kepada Sains, Teknologi, Engineering (Kejuruteraan) dan Matematik. STEM dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang sedia ada dalam semua mata pelajaran STEM. STEM dalam konteks p&p merangkumi tiga aspek, iaitu:
1. Bidang pembelajaran
2. Pakej mata pelajaran
3. Pendekatan p&p.
STEM sudah bermula di Malaysia beberapa tahun lalu di Malaysia dan maksud di sebalik perkataan STEM ialah Science Technology Engineering Mathematics (STEM).
Terdapat beberapa konsep pembelajaran STEM iaitu lebih rasa minat dan seronok kerana STEM ini memudahkan cara pembelajaran untuk membantu pelajar untuk lebih memahami konsep serta aplikasi dalam subjek seperti Sains dan Matematik.
Pembelajaran STEM sangat penting untuk meningkatkan kembali minat pelajar terhadap subjek ini dan seterusnya menjadi ‘innovator’ pada masa hadapan.
Di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM 2013 – 2025) PPPM 2013 – 2025 telah meletakkan pendidikan STEM sebagai satu agenda yang penting dalam transformasi pendidikan bagi menyediakan generasi muda untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Pendidikan STEM dalam PPPM dilaksanakan dalam 3 fasa;
• Gelombang 1 (2013 – 2015): pengukuhan kualiti pendidikan STEM dimulakan melalui peneguhan kurikulum, pengujian dan latihan guru, dan penggunaan model pembelajaran pelbagai mod
• Gelombang 2 (2016 – 2020): kempen dan kerjasama dengan badan-badan berkaitan dilaksanakan untuk menarik minat dan kesedaran masyarakat dalam STEM
• Gelombang 3 (2021 – 2025): STEM akan dianjak ke arah kecemerlangan melalui peningkatan keluasan operasi.
Pengajaran dan pembelajaran (p&p) STEM yang berfokuskan murid dapat menghasilkan pengalaman pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. P&p yang menarik dapat meningkatkan minat dan kecenderungan murid dalam STEM. Pelaksanaan p&p STEM yang mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam mata pelajaran secara mendalam melalui pendekatan inkuiri, pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran berasaskan masalah dalam konteks dunia sebenar. Murid yang mengikuti p&p STEM mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi, inovatif, berhemah tinggi, berdikari, celik teknologi, mampu mereka cipta, boleh menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Para pendidik sering tertanya-tanya apakah sebenarnya yang dikatakan Pembelajaran Abad ke-21?
Sebenarnya Pembelajaran Abad Ke-21 bukanlah satu fenomena yang baru. Seorang pendidik atau tutor yang berfikiran jauh dan sudah menempuh alam persekolahan dan pekerjaan pastinya pernah bertanya kepada diri sendiri…
1.Apakah kita masih ingat kebanyakan daripada apa yang telah dipelajari dalam setiap subjek di sekolah, kolej atau universiti?
2. Apakah yang dipelajari itu relevan dengan bidang kerjaya dan realiti kehidupan kini? Disebabkan itu Pembelajaran Abad Ke-21 akan menjadi relevan apabila seseorang pendidik itu berusaha untuk menjawab 2 soalan itu tadi.
Jadi apa kaitan STEM dengan Pembelajaran Abad Ke-21?
Kementerian Pendidikan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah mula melaksanakan pelbagai strategi pengukuhan bagi mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam usaha melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang itu untuk kepentingan negara.
Sekarang ada pula versi STEM yang baru iaitu STEM CS (Computer Science) iaitu pembelajaran berkaitan komputer dan programming. Boleh lah para pelajar ini bercita-cita menjadi seperti Bill Gates & Steve Job lepas ni.
Selain itu STEAM (A for Art) pula STEM dengan elemen seni. Namun ia tidak jauh berbeza dengan konsep STEM yang turut mementingkan aspek seni dan design dalam projek yang dilakukan.
Terdapat beberapa konsep pendidikan STEM iaitu lebih rasa minat dan seronok kerana STEM ini memudahkan cara pembelajaran untuk membantu pelajar untuk lebih memahami konsep serta aplikasi dalam subjek seperti Sains dan Matematik.
Pembelajaran STEM sangat penting untuk meningkatkan kembali minat pelajar terhadap subjek ini dan seterusnya menjadi ‘innovator’ pada masa hadapan.
Antara pedagogi STEM mementingkan elemen 4C dalam Pembelajaran Abad Ke-21 iaitu:
- Collaboration
- Creativity
- Communication
- Critical Thinking
Pedagogi ini penting untuk kemahiran kerjaya pada masa hadapan.
Di dalam artikel sebelum ini, telah dibincangkan juga mengenai Dunia Menuju ke Arah Inovasi STEM.
———————————-
Berdasarkan Resolusi Kolokium Kebangsaan Pendidik STEM TERENGGANU 2016
1. Mempertingkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam pembangunan Negara Bangsa.
2. Menggubal kurikulum STEM baharu bersepadu berdasarkan idea mendidik pelajar dalam empat disiplin iaitu sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik kepada satu pendekatan merentasi disiplin dan aplikasi ke arah melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
3. Melatih pendidik dan pembantu makmal sains dalam menerapkan kurikulum STEM baharu dan menambah baik prasarana sekolah terutama kemudahan makmal serta peralatan pengajaran STEM di seluruh Negara.
4. Memperhebatkan usaha-usaha untuk merapatkan jurang perbezaan pencapaian sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dalam peperiksaan utama di antara sekolah-sekolah bandar dan luar bandar.
5. Mempertingkat peluang pekerjaan yang berkaitan STEM untuk lulusan ijazah, diploma, sijil, STPM dan SPM dengan menyediakan lebih banyak laluan alternatif dan latihan kemahiran.
6. Mempertingkatkan jaringan usahasama di antara sekolah dan institusi pendidikan tinggi dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan industri dalam menggalakkan pembelajaran STEM secara formal dan tidak formal.
7. Menyediakan insentif penyelidikan & pemantapan STEM secara bersepadu melibatkan pihak sekolah, institusi pengajian tinggi dan kerjasama dengan industri.
8. Mewujudkan satu badan professional yang diberi kuasa untuk mengawal kualiti kurikulum STEM di institusi pendidikan dan juga memberi pengiktirafan kepada kelulusan berkemahiran tinggi.
Marilah sama-sama kita mengetahui Top 15 Benefits of a STEM Education https://coachmohdnoor.com/top-15-benefits-of-a-stem-education.htm
———————————–
Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri
Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri atau Inquiry-Based Learning sudah lama diperkenalkan di Malaysia. Pembelajaran berasaskan inkuiri adalah penting untuk memastikan murid betul-betul memahami apa yang dipelajari, menambah baik sikap terhadap pembelajaran dan meningkatkan keupayaan mereka untuk menggunakan apa yang dipelajari dalam dunia sebenar.

Inkuiri bermula dengan persoalan atau masalah dan diikuti dengan pemerhatian, penerokaan, penyiasatan/eksperimen, membuat kesimpulan dan menjelaskan dapatan (komunikasi).
Berdasarkan pendidikan ini, pelajar atau peserta didedahkan dengan kaedah menjana aktiviti inkuiri menggunakan Kemahiran Merekabentuk (KMR) secara “backward design”. Seterusnya, peserta akan melalui proses PdP mata pelajaran Sains berasaskan inkuiri secara hands-on..

Hal ini penting untuk Tutor/ Guru kuasai cara:
☑Bagaimana melaksanakan Pendidikan STEM dalam sesi pembelajaran
☑Mengetahui Teknik Pengajaran mata pelajaran Sains berasaskan Inkuiri melalui aktiviti hands-on yang berpandukan DSKP
☑Membantu pelajar untuk lebih menyukai dan memahami apa yang dipelajari.
Tutor yang berjaya menguasai cara STEM, bakal melahirkan generasi yang lebih berdaya saing pada masa kan dating.
Kenapa STEM? Jom saksikan video dibawah.