SEMINAR BEST SPM ADD MATHS & KIMIA SECARA OFFLINE & ONLINE
Dari tajuk turun ke hati? Wahh! Apa yang buat tertarik tu? Best ke ni.. Mesti la nak sertai kelas ni. Rugi kalau lepas peluang ini. Pendidikan yang lepas pun banyak yang ketinggalan. Ini adalah masa yang tepat dan sesuai. Peperiksaan juga tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum kaki melangkah ke dunia baru yng bakal bergelar mahasiswa dan mahasiswi.
Kenapa dua subjek ini sahaja? Ini kerana dua subjek ini adalah yang paling digeruni di sekolah. Biasa pelajar sebut subjek ‘killer’. Disebabkan hal ini, tujuan untuk memperkasakan kefahaman pelajar di ketengahkan.
Pastinya dua subjek ini membuatkan anak pelajar tak lena tidur kan? Teringat-ingat saja nak kena baca itu ini dan hafal itu ini. Bukan apa, kalau niat di hati ingin melanjutkan pelajaran ke matrikulasi, dua subjek ini perlu mantap.
Nak melangkah ke universiti juga perlu buat yang terbaik untuk dua subjek ini kan? Tapi jangan lah set kan dua subjek ini susah sangat. Tindakan untuk atasi kerisauan itu yang penting sebenarnya. Jadi, salah satu cara untuk atasi kerisauan adalah dengan sertai Seminar Best SPM khas untuk subjek add maths dan kimia.
Strategi Beyond A ini menyediakan pelajar bukan sahaja untuk hadapi peperiksaan, malah untuk bekerjaya pada IR4.0 (Revolusi Industri 4.0).
Dalam tidak sedar, ada pelajar yang bersengkang mata siang dan malam untuk dua subjek ini. Namun tiada juga peningkatan. Tahukah kenapa? Beberapa faktor mungkin menjadi yang utama iaitu teknik yang digunakan mungkin silap atau tidak efektif. Berkemungkinan juga kerana tiada minat dalam subjek killer ini dan fobia dengan soalan KBAT.
Sebenarnya ada cara bagaimana untuk seronok belajar dan terus melonjak dengan baik untuk dua subjek killer ni. Jom sertai Seminar Best SPM ini, tentu jumpa caranya.
Apa kelebihan seminar ini?

Speaker yang hadir juga adalah di kalangan yang hebat-hebat dan pernah di jemput untuk ke sekolah dalam mengendalikan program yang berkaitan. Bukan itu sahaja, pelajar juga nampaknya menunjukkan minat yang best dan positif. Ini antara feedback yang diberikan oleh pelajar.

Seminar Best SPM (Fast Lane Edition) akan diadakan seperti butiran di bawah:
TARIKH | 26 September 2020 (sabtu) |
MASA | 8:30 a.m. – 5:00 p.m. |
TEMPAT | CMN Academy, Bangi Gateway (Offline) dan Online |
Menarik tak? Kalau menarik, jangan lepaskan peluang ini. Untuk info lebih lanjut, layari http://cmnacademy.com/bestspm/