Tutor berjaya di musim PKP
Aktiviti pembelajaran secara digital sangat meluas pada musim PKP. Walaubagaimanapun, ada Tutor yang hilang punca pendapatan secara tiba-tiba setelah PKP dilaksanakan. Hal ini kerana proses pembelajaran sebelum ini dilakukan secara bukan digital. Inilah yang dipanggil kelas secara tradisional.
Setelah PKP dilaksanakan dan berterusan, Kementerian Pendidikan juga telah mengambil inisiatif dengan meminta tenaga pengajar untuk menjalankan aktiviti pembelajaran secara digital (atas talian). Inisiatif ini diambil untuk mengelakkan pelajar ketinggalan dalam silibus matapelajaran yang telah ditetapkan sebelum ini. Setakat hari ini, pembelajaran secara atas talian menampakkan kesan positif daripada guru-guru dan ibu bapa pelajar yang memantau aktiviti pembelajaran anak-anak.
Bagaimana pula dengan Tutor diluar sana? Adakah sudah bersedia dengan anjakan ataupun norma baharu ini? Anda sebagai seorang Tutor yang secara peribadi sebelum ini kepada anak didik anda perlulah mengambil inisiatif yang sama seiring dengan apa yang telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan. Usaha yang lebih perlu diambil dan anda perlulah bertindak lebh positif dan bijak mencari peluang. Jadikan kejayaan orang lain sebagai satu rujukan dan suntikan semangat untuk anda menyerlah sebagai seorang Tutor yang berkarisma dan berjaya.
Proses cari gali ilmu pendidikan secara digital perlu digandakan dan ditingkatkan dari semasa ke semasa. Pada ketika ini, gaya menguasai pembelajaran secara digitl perlu ditingkatkan untuk memikat hati ibu bapa dan pelajar itu sendiri untuk proses pembelajaran mereka. Ada ibu bapa yang tidak mampu mengajar anak mereka untuk topik-topik pembelajaran tertentu. Justeru, pada ketika ini mereka memrlukan Tutor untuk membantu anak-anak mereka.
Jelaskah untuk anda sebagai seorang Tutor? Jika anda merasakan perjalanan anda sukar, terdapat jalan pintas yang mudah iaitu ‘Teamwork’ dan agihkan tugas. Cara ini lebih membantu Tutor untuk menyerlah. Dapatkan bantuan dari rakan Tutor yang lain untuk turut serta menyerlah. Di CMN Academy, banyak video pembelajaran yang telah dihasilkan sepanjang PKP ini yang secara perseorangan dan secara penggabungan Tutor. Jadi, kenapa tidak anda laukan perkara yang sama? Proses kerjasama yang telah dijalankan menampakkan gaya profesional dan meningkatkan keyakinan anda sebagai seorang Tutor Digital yang Pro.
Tidak cukup terkesankah anda? Jom ikuti perkongsian dari Coach Isa dan Coach Amir dalam bagaimana cara shortcut Tutor capai kejayaan musim PKP.

Artikel Berkaitan: