Cara Mengurus Bisnes Pendidikan Dengan Berjaya
Perkataan ‘Usaha Tangga Kejayaan’ seringkali di sebut oleh setiap individu. Namun, berapa ramai yang mempratikkannya? Sesungguhnya, sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya. Jika kita nampak tangga, apa yang kita akan buat? Adakah sekadar merenung sahaja untuk sampai ke tangga pengakhirannya? Jawapannya ada dalam diri anda.

Perkongsian ini berdasarkan cerita sebuah kejayaan warga Bangladesh di dalam dunia perniagaannya. Nama diberi Jama (bukan nama sebenar) pernah bercerita kisah permulaannya kejayaannya. Kisah yang pada mulanya beliau memotong rumput di rumah-rumah orang lain. Beliau berkata, ‘apabila potong rumput sendiri ni baru rasa sebenarnya tak delah susah sangat kerja ni’…
Apabila ditanya mengenai gajinya, sunggu terkejut kerana gajinya melebihi orang Malaysia yang dah kerja profesional selama 5 tahun.
Yang bestnya dia bagitahu siap dapat kad pengenalan Malaysia lagi (kantoi).
Buat graduan atau sesiapa yang dah lama menganggur tu…apa lagi yang kita tunggu?
Saya faham, mungkin kerja seperti ni leceh, kena tahan panas, plus tak glamer pula tu..
Kalau orang kampung atau bakal mertua dengar, tak sedap pula kan…
Kalau nak dengar dan ikut semua cakap orang memang kita tak ke mana perginya…
Senang je.. Kalau orang tanya kerja apa, bagitahulah ‘Garden Specialist’ ke..atau ‘Field Landscape Gardener’ ke atau apa-apa jelah yang nampak best
Then, lepas dah ada pengalaman dan ilmu bisnes yang betul, boleh hire part time pekerja Lepas tu dah stabil baru ambil full time bekerja..
Jangan pendang lekeh, ada mamat yang pernah potong rumput dulu sekarang ni dah dapat projek-projek besar pula..dah jadi bos la pula sekarang..
Dengar cerita kat Lowyat dan KL pun mereka dah ada bisnes sendiri. Mula-mula jadi kuli je, lama-lama dengan pengalaman dan usaha yang gigih, mereka jadi bos pula.
Memang kebanyakan cerita-cerita yang kita dengar, warga Bangladesh ni rajin dan sanggup buat apa sahaja. Padahal ada di kalangan mereka graduan universiti. Tetapi memandangkan peluang pekerjaan di negara mereka yang terhad, mereka terpaksa berhijrah ke negara lain termasuk ke Malaysia.
Cerita seorang pak cik yang tinggal di Seremban, beliau ialah seorang kontraktor buat rumah ‘customized’. Katanya, dia pernah dapat projek buat rumah dan perlukan modal lebih kurang RM20k untuk beli barang. Tapi dia tak ada modal banyak tu. Apa yang dia buat adalah dengan bergabung partner dengan seorang lelaki Bangladesh yang ada modal banyak tu..Wow! terpegun kan. Sampai macam tu sekali kita memerlukan bantuan mereka!
Coach Mohd Noor iaitu seorang founder kepada pusat CMN Academy ada menceritakan pengalaman beliau apabila berjumpa dengan ramai warga Bangladesh di Spain & Italy. Kebanyakan mereka menegurnya dengan ramah.. Berikut adalah antara perbualan mereka:
“Assalamualaikum..Apa khabar?”
Rupa-rupanya mereka pernah bekerja di Malaysia suatu ketika dahulu seperti kerja kilang dan pelbagai lagi pekerjaan lain.
Sekarang dah ada bisnes di sini terutamanya tempat-tempat tumpuan pelancong. Hebatkan!
“For you Malaysian Muslim, I give special discount.” dengan gaya percakapan mereka yang sudah sedia maklum
Di UK pula mereka juga ada yang berbisnes. Ada supermarket dan restoran. Di samping itu komuniti mereka juga ada membuat masjid. Mereka sangat baik dan selalu offer makanan terutamanya ketika Ramadan.
Sampai begitu sekali warga Bangladesh itu ramah dengannya. Cuba kita perhatikan diri kita. Adakah kita sebagus itu dalam berkomunikasi dengan orang sekeliling kita?
Pengajaran yang boleh di ambil ialah:
The road to success comes with patience, consistency & delayed gratification.
—————————————————
Bagaimana dengan anda? Adakah anda ingin berjaya? Apa passion anda?
Saya percaya setiap individu mempunyai impian tersendiri. Ada yang nak jadi doktor, guru, polis, jurutera dan banyak lagi.
Perkongsian seterusnya adalah mengenai Kisah Seorang Owner Tuisyen yang ingin teruskan perniagaannya dan semestinya mahu berjaya.
Kisahnya, beliau berada dalam keadaan dilema..
Antara persoalan yang bermain di fikiran beliau:
Perlukah mendaftarkan perniagaan?
Jawapannya adalah Ya atau Tidak.
Belum perlu, jika kita hanya mengajar sendiri.
Ya, jika kita ingin mengembangkan lagi perniagaan. Iya! Jika ingin terus berjaya dan lebih berjaya, maka ianya perlu.
Dan sememangnya menjadi kewajipan usahawan untuk mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Sangat penting untuk untuk kita daftarkan syarikat untuk manfaat jangka masa panjang bisnes dan personal contohnya untuk membuat pinjaman perumahan atau untuk pinjaman bisnes (jangka panjang).
Selain itu, dengan pendaftaran perniagaan juga klien akan lebih meyakini dan memandang tinggi tahap profesionalisma perkhidmatan kita.
Menurut cadangan yang diberikan oleh Coach Mohd Noor, iaitu pemilik CMN Academy:
Untuk peringkat awal: Enterprise
Seterusnya: PLT (Jika perlu)
Target jangka masa panjang: Sdn Bhd
Apa pun bergantung kepada bisnes masing-masing.
Pemilik tuisyen tadi juga sedang pening kerana menerima panggilan dan permintaan yang bertalu-talu sampai tak sanggup nak handle. Pendapatan pun boleh tahan, 5 figures.
Solusinya, untuk expand, perlu bina team. Untuk peringkat awal boleh hire part timer, pelajar IPT, suri rumah atau tutor sendiri pun ok. Semakin lama dan stabil, boleh ambil full time. Bahagikan tugasan finance, operation, marketing, admin, human resource, untuk diri sendiri dan team.
Apa kelebihan kita, kita boleh uruskan, yang bukan kelebihan atau kemahiran, boleh delegate kepada team.
InsyaAllah boleh berkembang. Beliau juga ada berkongsi 7 Formula Unggul Pengurusan Bisnes Pendidikan
Semoga perkongsian yang telah diberikan oleh Coach Mohd Noor, Founder CMN Academy ini dapat membantu anda.
Bila anda sudah berdaftar dengan SSM, anda akan terfikir bagaimana cara mengembangkan Bisnes Home Tuition ini secara baik dan lebih baik? Benar?
Bina bisnes tidaklah semudah yang disangkakan. Banyak aspek yang perlu dititikberatkan. Terutamanya perancangan kewangan perlulah bertambah baik. Di dalam artikel sebelum ini, ada saya kongsikan mengenai 5 Tips utama merancang kewangan .
Justeru itu, hal-hal ini perlulah di ambil peduli dan cara untuk menguruskan bisnes pendidikan juga perlu lah dalam keadaan yang professional.
Coach Mohd Noor menceritakan pengalaman beliau walaupun sudah bertahun-tahun tidak menggunakan no telefon sendiri untuk urusan pendaftaran Home Tuition, masih ada lagi klien yang masih menghubunginya walaupun beliau tiada di Malaysia
Beliau sangat gembira melihat semakin banyak permintaan daripada ibu bapa untuk perkhidmatan Home Tuition dan tidak ketinggalan semakin ramai yang menyertai bidang ini sebagai Tutor.
Alhamdulillah, ini menandakan bidang tersebut bagus dan potensinya semakin berkembang.
‘The most important thing is just keep upgrading your quality of services & give more and more values to the clients.’